Archive for 19 Jun 2009


DISANGKA WARTAWAN

IMG_4040Ketika masuk ke dewan seminar malam itu, sesi makan malam sudah bermula. Saya sendirian terlambat turun sedangkan semua peserta sudah separuh jalan menghabiskan hidangan.

Saya kemudiannya disapa salah seorang urusetia program mempersilakan saya duduk di satu ruang meja yang masih kosong yang bertanda ‘PRESS’.

Saya mulanya terkejut dipelawa ke meja situ, tetapi kemudian menyedari bahawa saya ketika itu sedang menyandang kamera di sisi. “Baru sampai encik?” tanyanya.

IMG_4019Sambil mengangguk, saya memohon izin untuk terus mengambil gambar di hadapan pentas, kerana ada persembahan nasyid kumpulan D’Jiwa. Hendak makan pun, terasa masih kenyang kerana baru setengah jam lalu makan di Ampang Point.

Selesai mengambil gambar, saya duduk sendirian. Tidak lama sampai pula kumpulan wartawan lain khususnya dari RTM yang membuat liputan.

IMG_4032Seminar 3 hari ini disertai oleh lebih 100 peserta dari seluruh negara. Khusus dari Sabah, terdapat 5 orang wakil. Dua dari JHEAINS, dua dari JAKIM Cawangan Sabah iaitu Pengarahnya sendiri – Ust Aziz Mohammad dan Ustazah Noraisyah – Bhgn Penyelidikan dan seorang wakil Pejabat Mufti Negeri – Ust Hj Arifin Hj Ali.

Majlis malam itu disempurnakan oleh YB Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di JPM yang baru yang diiringi oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Hj Wan Mohammad Dato’ Shekh Abd Aziz.

Antara tetamu lain yang hadir ialah Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Dato’ Dr Abd Shukor Husin; Mufti Perlis, SS Dr Juanda Jaya; Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Mohammad; Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Dr Ma’amor Osman.

Sebenarnya malam itu menurut jadual, YB Menteri terlambat hadir kerana ada persidangan Dewan Rakyat. Habis majlis, beliau turut bergegas pulang. Katanya esok ada lagi persidangan. Dia orang baru kena hadir dan perlu banyak belajar.

Petang isnin lalu, sementara menanti masa perasmian Seminar Penyelidikan pada sebelah malam, kami meronda-ronda sebentar di kompleks membeli belah Ampang Point yang letaknya bersebelahan sahaja dengan hotel De Palma yang menjadi lokasi seminar sekaligus tempat menginap kami.

Kebetulan dengan peristiwa kemenangan Mahmoud Ahmadinejad sebagai presiden Iran bagi penggal kedua, dan dalam perjalanan di udara ke KLIA saya asyik membaca buku bertajuk Travelog Iran, rupanya di Ampang Point ini saya menyedari terserempak ramai dengan orang-orang Iran.

IMG_4000Penampilan kaum wanitanya dengan cadur Iran, serta paras rupa yang boleh diagak, tanpa diduga kami makan-makan di sebuah premis kecil milik orang Iran juga.

Asalnya saya hendak juga mempromosi premis berkenaan di blog ini, tetapi apabila tuan rumah menegur saya kerana mengambil gambar, saya kini membatalkan hasrat itu. Kami singgah makan di situ kerana melihat menunya lebih kurang macam di bumi Arab juga.IMG_4011

Sebelum itu, kami sempat singgah di satu premis milik orang Mesir. Tidak seperti orang Iran tadi, orang Mesir itu suka benar saya mengambil gambar di dalam kedainya.

IMG_3997

Aksi di tamu gaya yang dirakamkan pada ahad lepas.

Rumah Kraftangan

Rumah Kraftangan

"Racun tikus, racun semut!!"

"Racun tikus, racun semut!!"

Warna warni

Warna warni

Menanti giliran

Menanti giliran

Mengharap ihsan

Mengharap ihsan

Bergelimpangan

Bergelimpangan

Aksi serupa

Aksi serupa

Memadu kasih atau meluah rasa?

Memadu kasih atau meluah rasa?

%d bloggers like this: