Petang semalam, saya menerima emel sahabat dari Kedah, sekali attach dengan satu keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, bertarikh 4 Rabiul Akhir 1430 bersamaan 31 Mac 2009. Tulisan asal adalah dalam jawi, dan saya turunkan semula seperti berikut :

Perkara 4.2 : Memohon Penjelasan Tentang Acara Sukan Sekolah
Mesyuarat memutuskan bahawa acara sukan sekolah khususnya di sekolah menengah yang disertai oleh pelajar lelaki dan perempuan di lokasi yang sama jelas hukumnya adalah haram kerana berlaku percampuran lelaki dan perempuan dalam apa jua keadaan (bukan sukan sahaja).
Oleh itu, jawatankuasa fatwa menasihatkan agar pihak sekolah mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan dalam acar sukan bagi mengelak berlaku percampuran atau seumpamanya.

Keputusan berkenaan telah ditandatangani oleh Dato’ Paduka as-Syeikh Hasbullah Hj Abdul Halim, Mufti Negeri Kedah.