Archive for 5 Jun 2009


SITI NUR ‘AFIFAH

IMG_3393Terlambat sebenarnya untuk berziarah dan mengucap tahniah walaupun lokasi rumah sahabat ini tidak jauh dari rumah.

Ust Mohd Ridhuan Othman, Timbalan Pendakwa Syarie JHEAINS yang juga aktivis NGO Islam – Yayasan Amal Malaysia Negeri Sabah selamat menimang cahayamata keempat 16 Mei lalu.

Pada isnin lalu, kebetulan cuti sempena Pesta Kaamatan di Sabah, sempat sekejap berziarah di rumah beliau di Taman Pasir Putih Putatan.

Siti Nur ‘Afifah selamat dilahirkan dengan berat 3.2 kg. Tahniah buat keluarga beliau. Semoga semuanya menjadi ahli keluarga yang soleh dan solehah.

IMG_3396

Dari kiri : Mohd Akmalul Hakim (4  tahun), Siti Nur Sakiinah (2 tahun) & Mohd Arif Ihsan  (5 tahun)

Presiden bersama 3 calon Timbalan Presiden

Presiden bersama 3 calon Timbalan Presiden

Perkara yang menjadi tumpuan semenjak dua menjak ini ialah Muktamar Tahunan PAS kali ke-55. Sebagaimana maklum, banyak rencana, artikel mengulas tentang muktamar kali ini. 

Ada yang mengulas dengan jujur, tidak kurang juga mengulas dengan misi tertentu. Menaik dan mempromosi tokoh pilihan, mengkritik dan sebagainya. Asasnya itu semua sudah tentu tidak salah, jika dilakukan dengan adab dan akhlak berjamaah yang benar.

Ada juga pihak dari luar cuba mengganggu gugat kesatuan jamaah ini dengan menjaja perpecahan besar sedang berlaku di dalamnya.

Tahun ini ada pemilihan. Pemilihan itu dianggap ramai menjadi kemeriahan muktamar. Lebih penting daripada itu, memilih pemimpin adalah amanah.

Kepada yang terlibat sebagai pemilih dan perwakilan di sana, PAS punya tokoh kepimpinan yang hebat-hebat belaka. Mahu tidak mahu, terpaksalah memilih sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Tidak memilih yang lain bukan tanda mereka jahat  atau sombong. Memilih mereka yang kita hendak pangkah, bukan bermakna merekalah paling hebat. Mohonlah kepada Allah, semoga diberikan petunjuk untuk memilih pemimpin yang paling bertaqwa kepada Allah.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang telah diberikan kepada kamu, sedangkan kamu mengetahui (kepentingan amanah serta dosa mengabaikan amanah)”.

%d bloggers like this: