Aliuddin Matbee yang mewakili JHEAINS diumumkan sebagai johan qari sekaligus mewakili Jabatan Ketua Menteri dalam saringan akhir MTQ yang akan diadakan selasa-khamis hadapan.
Berlangsung di Dewan MAKSAK Likas, majlis berkenaan dihadiri oleh 300 hadirin diketuai oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Datuk Nordin Siman bersama ketua-ketua jabatan dalam Jabatan Ketua Menteri (JKM).
Dalam format baru MTQ negeri yang diputuskan sebelum ini, tilawah diperingkat bahagian ditiadakan dan diganti dengan saringan akhir.
Johan qari dan qariah di peringkat daerah dan kementerian yang mendapat markah 70% keatas layak menyertai saringan akhir di bilik hikmah Wisma MUIS 2-4 Jun.
Setelah format ini dimulakan pada tahun ini, didapati kebanyakan daerah gagal menghantar johan qari dan qariah atau hanya berjaya menghantar salah satu johan sahaja. Ini berikutan kegagalan peserta mencapai markah 70% keatas.
Dalam MTQ JKM, Aliuddin yang juga imam qaryah Kg Sg Padang Papar memperolehi markah 75% sementara 3 peserta qariah gagal mencapai markah 70% untuk mewakili JKM ke saringan akhir.