Pusat Pendidikan Islam an-Nur di Taman Austral kini mengorak langkah lagi apabila membina sebuah lagi blok baru yang menempatkan 2 kelas.
Dengan siapnya blok baru dalam masa terdekat ini, sekolah berkenaan bakal mempunyai 3 blok secara keseluruhan dan mempunyai 6 kelas.
Sumber pengurusan sekolah berkenaan menjelaskan, pusat pendidikan berasaskan sekolah agama rakyat itu sememangnya dibiayai oleh umat Islam yang prihatin sejak ia bermula 4 tahun lalu.
Tulisan ringkas ini memohon jasa baik pembaca sekalian untuk menyumbang bagi pembangunan blok baru sekolah berkenaan yang jumlah kosnya dianggarkan sebanyak RM40 ribu. Maklumat yang saya perolehi menjelaskan bangunan baru dibina dalam keadaan pengurusan kini keputusan wang.
Berminat untuk menyumbang, boleh berhubung dengan Ust Zulhazmi Osman 012-4299897. Maklumat lain boleh melayari blog sekolah berkenaan : http://sarannur.blogspot.com/
Sukalah saya mengingatkan kita semua dengan sebuah hadith Rasulullah SAW yang masyhur itu :
“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Pertama, sedekah jariah. Kedua, ilmu yang bermanfaat dan ketiga, anak soleh yang mendoakan untuknya”.
Tidakkah kita teringin?
salam.
bleh panjangkan ke blog saya k ust?