IMG_2930Rabu, 20 Mei lalu Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Cawangan Sabah melakukan kunjungan hormat dan silaturrahim ke atas Pengarah JAKIM Sabah yang baru – Ust Aziz Mohammad di pejabat JAKIM Sabah.

Tujuan kunjungan berkenaan adalah untuk mengeratkan persahabatan antara JAKIM selaku agensi Islam Persekutuan dengan PUM – salah satu NGO Islami yang bergerak aktif di Sabah ini.

Dalam pertemuan selama sejam setengah itu, Ust Aziz menegaskan betapa JAKIM Sabah bertekad memperbaharui semula dan akan mengeratkan lagi hubungan dengan NGO Islam yang terdapat di Sabah.

IMG_2927Bahkan katanya, antara pesanan yang diberikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohammad Wan Abd Aziz ketika beliau melapor diri ialah agar beliau menjaga hubungan baik dengan NGO Islam di Sabah.

Dalam pertemuan itu juga, pelbagai isu dilontarkan untuk mengukuhkan kerjasama dakwah antara PUM dan JAKIM Sabah khususnya.

Rombongan PUM Sabah diketuai oleh Ust Hj Muchlish Ali Kasim dan 5 AJK yang lain, sementara Ust Aziz Mohammad hadir bersama 3 pegawai JAKIM.