IMG_2520Dari Kota Kinabalu, guru PASTI seramai 25 orang bertolak ‘terbang’ dengan pesawat Air Asia yang tertunda 25 minit daripada jadual asal pada jam 4 petang.

Ada suatu peristiwa yang menimbulkan rasa sedikit geram tetapi lucu juga mengenangnya, apabila dua daripada 25 orang guru berkenaan tidak melakukan pendaftaran masuk (check in) di kaunter.

IMG_2523Setahu saya mereka sudah datang awal ke terminal 2, duduk-duduk santai.

Apabila ditanya rakan mereka, jawab mereka berdua, sudah check in.

Sehinggalah sekitar 3.45 petang – kaunter pendaftaran sudah tutup – ketika para penumpang beratur di lorong pemeriksaan masuk, kedua mereka ditahan kerana tidak mempunyai boarding pass.

Kasihan juga kerana rupanya kebanyakan mereka pertama kali menaiki kapal terbang.

Mungkin pada pendapat mereka, sekadar punya salinan tiket yang mencatat nama mereka sudah mencukupi. Macam naik bas!

Dari dalam, Cikgu Abd Hamid yang mengetuai rombongan memujuk pegawai Air Asia yang bertugas agar membenarkan mereka mendaftar semula di kaunter luar, memandangkan hakikatnya mereka sudah terpacak di terminal sejak jam 2 petang.

IMG_2525Cikgu Hamid sudah berkira-kira hendak menyuruh mereka menaiki bas pada malam itu juga untuk ke Tawau.

Syukur alhamdulillah, akhirnya mereka dibenarkan masuk setelah melakukan pendaftaran di kaunter luar. Selepas ini pihak pengurusan PASTI kena mengadakan kursus tentang peraturan bermusafir termasuk soal peraturan naik kapal terbang!