Pagi ahad lalu (10 Mei), saya menemani Chegu Jamil ke Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan.

Setiba kami di sana, di dewan asrama anak-anak putera sedang menjalani latihan nasyid.

IMG_2417Rupanya mereka yang dinamakan sebagai kumpulan Putera-Putera RAY akan berangkat ke Johor Bharu pada 3-7 Jun untuk menyertai Pertandingan PEYATIM Kebangsaan.

Pertandingan tahunan  itu adalah untuk merai dan menyantuni anak-anak yatim seluruh negara melalui beberapa acara yang telah ditetapkan.

IMG_2472Sebenarnya, tujuan utama kami ke RAY ialah ingin menziarahi 4 beradik anak yatim yang dihantar ke sini awal tahun ini. Azmi (14 tahun), Khairul (13 tahun), Alip (10 tahun) dan Azura (8 tahun) berasal dari Kg Poring-Poring Inanam (Jalan Kg Kobuni) Kota Kinabalu.

Mereka ada 13 adik beradik. Ayah mereka Vin In meninggal dunia pada 31 Ogos 2007, sementara ibu mereka mendapatkan saraan hidup melalui penanaman sawah padi kampung yang tidak seberapa itu.

IMG_2475Ketika kami tiba untuk mengajak mereka keluar, si abang diminta menukar baju. Sayu mendengar apabila katanya dia tiada baju lain lagi.

Melalui blog ini, saya mengalu-alukan sumbangan berbentuk pakaian khusus kepada 4 beradik ini dan kepada pelajar RAY secara umumnya.

Ada rezeki kami akan berziarah lagi, insya Allah tidak dengan tangan kosong.