Pagi ahad lalu (10 Mei), saya menemani Chegu Jamil ke Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan.
Setiba kami di sana, di dewan asrama anak-anak putera sedang menjalani latihan nasyid.
Rupanya mereka yang dinamakan sebagai kumpulan Putera-Putera RAY akan berangkat ke Johor Bharu pada 3-7 Jun untuk menyertai Pertandingan PEYATIM Kebangsaan.
Pertandingan tahunan itu adalah untuk merai dan menyantuni anak-anak yatim seluruh negara melalui beberapa acara yang telah ditetapkan.
Sebenarnya, tujuan utama kami ke RAY ialah ingin menziarahi 4 beradik anak yatim yang dihantar ke sini awal tahun ini. Azmi (14 tahun), Khairul (13 tahun), Alip (10 tahun) dan Azura (8 tahun) berasal dari Kg Poring-Poring Inanam (Jalan Kg Kobuni) Kota Kinabalu.
Mereka ada 13 adik beradik. Ayah mereka Vin In meninggal dunia pada 31 Ogos 2007, sementara ibu mereka mendapatkan saraan hidup melalui penanaman sawah padi kampung yang tidak seberapa itu.
Ketika kami tiba untuk mengajak mereka keluar, si abang diminta menukar baju. Sayu mendengar apabila katanya dia tiada baju lain lagi.
Melalui blog ini, saya mengalu-alukan sumbangan berbentuk pakaian khusus kepada 4 beradik ini dan kepada pelajar RAY secara umumnya.
Ada rezeki kami akan berziarah lagi, insya Allah tidak dengan tangan kosong.
saya dan rakan saya ingin mengadakan lawatan ke rumah anak yatim ini…
kayu bah kamu semua
balas cepat bodoh
saya seorang yg mudah kasihan dgn kanak2 terutamanya kanak2 yang terpaksa membesar di rumah anak yatim…sy teringin sgt menghulurkan bantuan kepada mereka..mungkin sy tidak ada begitu byk wang utk disumbang,namun suatu hari nnt,sy pasti akan datang melawat ke rumah anak yatim ini…dgn memberikan hadiah buat semua anak2 yatim di sini..sy juga teringin ke sana untuk mencari adik angkat..sy bukanlah sempurna,namun..hati wanita sy begitu tersentuh bila melihat nasib kanak2 yg tinggal di sini..memandangkan sy menetap di kota kinabalu,maka sy hanya mampu melawat ke rumah anak yatim di sabah,kerana untuk pergi rumah anak yatim di semenanjung..saya pasti tidak mampu dgn kosnya yg agak mahal.namun,seandainya ada rezeki lebih..kenapa tidak?sy saggup pergi ke mana sahaja asalkan sy dpt berkongsi cerita,pengalama hidup bersama kanak2 ini..
asalamkum…
sesungguhnya antara tuhan dengan penjaga anak2 yatim adalah seperti dua jari yg berhampiran…
..bayangkanlah wahai insan yg serba ada berbanding dgn anak2 yatim yg cuma tahu ayah dan ibu telah tiada dan kehidupan mereka memerlukan petunjuk.
..bayangkan anak2 yg makan nasi bersulamkan air garam sebagai penganti lauk pauk..nasi bertukar kepada ubi kayu bakar kerana ketiadaan sumber..begitulah kehidupan sebenar anak2 yatim piatu yg dikasihi tuhan.
..kepada yg berkemampuan utk bersedekah ringankan tangan utk menghulur bantuan kepada rumah anak yatim tambunan.
jangan menilai sesuatu drp permukaannya.. hampiri dan kenali mereka..
Salam kepada smua adik2 RAY tambunan,bljarlah hidup brdikari,pakailah apa yg ada,makanlah slgi ada rezaki. Ingatlah tuhan sblum lupa,insallah hidup kita akan bhgia dan tentram,abg adalah pljar prtma duduk di asrama ini pda pnghujung thun 1983 lg,pda waktu itu sgla kmudahan blum ada sperti skrg,amat susah pda waktu itu tnpa bklan air,elaktrik cuma yg ada katil besi yg tidak brtilam tpi alhamdulillah abg boleh jdi mcm skrg.cuma abg sdng mencari seorang ustaz yg brnama ustaz anaz hubungi abg d tlian 0165848696 kiranya adik2 tahu.abg doakan adik2 tabah dgn takdir dan bljar brsungguh2 insallah khidupan adik akan di berkati allah amin.
assalaimualaikum…sy mahasiswa/i drpd UMS..skrg ny kami kena jln satu kajian keats knk-knk yg hidup dlm keluarga miskin….boleh ke klau sy lakukn kajian ney dkt rumah ank yatim ney….dkt rumah ank yatim ney da x knk-knk miskin atau daif.,……
dipersilakan berziarah ke sana.
assalamualaikum..
saya adalah salah seorang penghuni ray pada tahun 1989, semoga adik-adik ray mendapat kejayaan di masa-masa akan datang..
sy bekas ahli rumah anak yatim tambunan jd kepada sesiapa yg mengenali sya sila dail no sy 0124679635