Kembali ke Kota Kinabalu pada petang ahad, sementara saya bergegas ke Surau Taman Limauan menyambung kuliah tafsir, Hj Ayub Abd Rahman Abdullah pula meneruskan gerakan solo beliau dengan berceramah di Surau Taman Olivia Kepayan.
Saya sempat hadir ketika jamaah mula menunaikan isyak, dan melihat surau comel ini penuh sesak dengan jamaah. Teringat seketika kuliah hadith saya di surau ini pada setiap jumaat selepas maghrib, yang mula berkurangan hadirinnya. Kalaulah yang hadir seramai itu..
Ramai peminat-peminat ceramah agama ini kurang memahami bahawa walaupun mendengar ceramah itu penting, tetapi menghadiri kuliah dan pengajian kitab itu jauh lebih penting.
Ceramah secara umumnya hanya menaikkan semangat kita tentang kepentingan beramal dan mempertahankan Islam mengikut tajuk ceramah. Tetapi kuliah dengan berkitab atau ada risalah secara bersambung itu tujuannya mengisi dada dan hati kita dengan ilmu pengetahuan secara lebih tersusun dan konsisten sifatnya.
Mudah-mudahan saja selepas tiap kali ceramah, ada peminat ceramah yang akan turut serta dalam kuliah hadith Riyadhus Solihin itu pula.
Tentang kehadiran jamaah dalam ceramah Hj Ayub tempohari, saya ucap tahniah kepada JK Surau yang dipimpin oleh pengerusi Thussin Hj Saidil (gambar) bersama orang-orang kuatnya.
Apa yang dapat dilihat, kehadiran jamaah yang kebanyakannya orang tempatan dan juga terdapat dari luar taman ini, mudah-mudahan membawa sinar dakwah yang lebih baik dan berkekalan.
MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2]
MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]
Anjuran :
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
&
Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan
OBJEKTIF :
* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.
TEMA :
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.
TARIKH :
23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H
TEMPAT :
Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan
TENAGA PENGAJAR :
1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
SASARAN :
Seramai 150 orang yang terdiri dari:
* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang
YURAN MURAH :
RM 15 [INDIVIDU]
MODUS OPERANDI :
Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).
(Talaqqi kitab/Pembentangan/)
TENTATIF PROGRAM
Sabtu (23/05/2009)
7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran
8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;
Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli
Timbalan Presiden PKPIM
9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).
10:45 pagi : Minum pagi
11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor
2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Kitab Mukhtasor (1).
4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Kitab Mukhtasor (2).
6:00 petang : Makan Malam
7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’
9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Penjelasan Bid’ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).
10:00 malam : Minum malam & Berehat
Ahad (24/05/2009)
4:00 pagi : Qiamullail
6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi
8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
10:30 pagi : Minum pagi
11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;
Saudara Mohd Hilmi B. Ramli
Presiden PKPIM
1:00 tghari : Makan Tengahari
2:00 petang : (Check-out)
Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;
Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
Saudari Izzah Khanani [013-2197192]
…MOHON SEBARAN…
‘DEMI ALLAH UNTUK ISLAM’
” ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT ”
http://pondokhabib.wordpress.com