img_1643Ahad minggu lepas, balik dari Kota Marudu, saya hadir dalam ceramah bulanan anjuran penduduk quarters berkenaan. Abang Nazri yang menjadi perantara, memberikan kebebasan kepada saya untuk berceramah tentang isu semasa.

Asas kepada ceramah sejam itu ialah sebuah hadith Rasulullah SAW :

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya”.

img_1646Ertinya, apabila kita meninggal dunia, kita tidak boleh beramal ibadah lagi. Tiada solat, tiada puasa, tiada haji, tiada tiada tiada. Yang masih kekal ialah tiga perkara itu.

Sedekah jariah ertinya, sedekah yang mengalir. Ertinya bahan sedekah kita itu, selama ia masih diguna dan dimanfaatkan, walaupun kita telah meninggal dunia, pahalanya tetap masuk dalam akaun kita. Contohnya, bersedekah, buku pelajaran, kitab al-Quran, membina masjid, menderma sajadah dan sebagainya.

Ilmu yang bermanfaat, selama diamalkan oleh orang yang kita ajar, kita mendapat pahala. Bayangkan pula orang itu mengajar pula ke generasi seterusnya, berkembang biak sehingga jumlah yang tidak terkira ramainya. Contohnya, mengajar mengaji al-Quran dan mengajar ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Anak soleh berdoa untuknya, hendaklah difahami secara jelas. Ia tidak semestinya anaknya sendiri, -walaupun keutamaannya anak sendiri – kerana setiap kita adalah anak walaupun ia sudah menjadi nenek dan datuk. Ini bermakna setiap orang boleh mendoakan keampunan untuk orang yang telah mati, walaupun yang didoakan itu bukan anaknya.

img_1649Lagipun, sunnah kehidupan dan kematian bukan menetapkan bapa mati dahulu berbanding anak. Kalau si anak meninggal dunia terlebih dahulu, bolehkah si ayah mendoakan keampunan untuk si anak? Sudah tentu boleh, kerana si ayah juga adalah anak kepada ayahnya.

Terima kasih kepada kira-kira 50-60 hadirin yang berada di rumah serbaguna mereka itu.

Program yang dianjurkan itu insya Allah mendapat ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT. Iya, itu juga termasuk ilmu yang bermanfaat.