img_1446Seorang lagi sahabat yang boleh dikatakan akrab sehingga sekarang ialah tuan imam seorang ini.

Ust Abd Amir, 31 tahun, orang BDC Sandakan, kini bertugas sebagai imam qaryah di Masjid Kg Kebatu Kebidang Beaufort. Cintanya di Beaufort bermula sejak bertugas sebuah sekolah milik YB Datuk Hj Lajim Hj Ukin.

Terdahulu, Amir adalah senior sebilik ketika di SMAI TPHR. Sementelahan di MTQQ, kami tinggal serumah bersebelahan bilik ketika di Grace Court pada 1997-1999 dulu.

Apabila ada ‘lubang-lubang’ kerja dalam JHEAINS, beliau menyertai perkhidmatan awam dan ditempatkan pula di masjid. Imam Amir pernah bertugas secara sambilan di Masjid Negeri sebelum itu, dan setahu saya bacaannya yang jelas dan mantop itu mendapat pujian jamaah yang mengikutinya.

Sepanjang pergaulan dan mengaji bersama-sama, saya yakin Imam Amir antara sahabat yang terbaik bacaan al-Quran khusus daripada segi tajwid dan fasohahnya.

Isteri beliau, Ustazah Husjana Guljuman orang Tawau, adalah Penolong Pegawai Tadbir Agama (PPTA) JHEAINS Beaufort sejak pertengahan 2006 sehingga kini.

img_1449Ketika program festival kesenian Islam di Kuala Penyu sabtu lalu, kami bertemu dan bersembang panjang khususnya tentang perkembangan keluarga masing-masing.

Kini mereka sudah punya 3 cahayamata. Md Lutfi Sobri, 7 tahun, darjah 1 di SK Kebatu; Nur al-Fathiyyah, 6 tahun, pra-sekolah juga di SK Kebatu dan Abd Wafi, 2 tahun.

Saya perhatikan anak-anak cukup rapat dengan Amir. Mungkin masanya lebih banyak berbanding isteri yang sibuk mengurus hal ehwal Islam di dalam daerah Beaufort.