p4240016Pagi Jumaat, saya menggantikan seorang ustaz memberikan ceramah agama kepada 38 orang pelatih jabatan penjara.

Mereka ini dalam proses latihan selama 3 bulan di Jabatan Penjara Pusat, Kota Kinabalu. Selepas daripada itu, mereka akan terus bertugas di tempat yang sudah ditetapkan di Sabah dan Sarawak.

Daripada jumlah 38 orang ini, 10 daripada mereka bukan beragama Islam. Seorang daripada mereka beragama bahai, dan sembilan lagi beragama kristian pelbagai mazhab. Ada SDA, SIB dan Anglican.

Daripada 28 yang beragama Islam itu pula, 3 orang dari Kelantan, 3 orang dari Kedah, 2 dari Perak dan seorang dari Johor.

Pengalaman yang agak menarik juga berceramah di hadapan mereka, apabila sebelum ceramah bermula, akan ada seorang daripada mereka yang membuat laporan di hadapan saya bahawa mereka – seramai 38 orang itu – sudah bersedia untuk mendengar ceramah.

Saya pula terpaksalah ‘eksyen’ sedikit, dengan mengangguk-angguk dan bersedia pula untuk berceramah. Begitulah juga setelah selesai, orang tadi akan tampil semula ke hadapan dan melaporkan bahawa mereka berterima kasih atas ceramah yang diadakan.

Saya merasakan ceramah agak hambar pada awalnya kerana kurang persediaan, hanya dimaklumkan kurang 24 jam. Sementelahan saya agak kurang selesa melihat pakaian seragam mereka lengkap dengan topi mereka. 🙂

p4240020Akhirnya, dalam ceramah itu mereka sukarela menanggalkan topi yang mereka pakai tanpa saya suruh pun.

Alhamdulillah, dalam masa hampir dua jam, saya ‘bercerita’ tentang surah al-Asr, yang berkait tentang ketamadunan manusia.

Beriman kepada Allah, melakukan aktiviti yang baik menurut Islam, berkata benar dan bersabar.