Archive for 17 April 2009


img_0686Seperti yang dicatatkan sendiri oleh Puan Siti Maznah Muini, pelajar Teratak Fitrah..

Saya memeluk Islam pada 31.12.1981 di Kg Libang Ranau oleh Imam Hj Daud (arwah) dan disaksikan oleh ibu saya sendiri (bukan Islam masa itu).

Apa yang menyebabkan saya memeluk Islam ialah, semasa saya di alam persekolahan, tingkatan 3, saya suka mengikuti kelas agama Islam. Untuk dapat mengikuti kelas tersebut, saya mengaku telah memeluk Islam, meskipun saya sebenarnya bukanlah beragama Islam.

Dalam masa ini, dua orang abang saya sudah memeluk Islam.

Apa yang mendorong sangat dan mungkin juga dalam keterpaksaan dalam terus menganuti agama Islam ini ialah bila saya lulus dalam peperiksaan akhir 1981 (SRP) dan melangkah ke tingkatan 4.

Kerana segan dengan kawan sekolah yang beragama Islam dan takut tembelang pecah (kerana telah mengaku Islam sebelum ini), akhirnya saya dengan bertemankan emak saya sendiri pergi ke rumah imam untuk membaca dua kalimah syahadah.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun 1987, akhirnya kami sekeluarga daripada emak, bapa serta adik beradik telah memeluk Islam. Kini keluarga kami hidup dalam kerukunan Islam.

Pengislaman dalam keluarga kami tiada masalah dan semua saudara mara keluarga sebelah bapa dan emak menerimanya dan hubungan kekeluargaan tetap utuh hingga sekarang.

Dalam al-Quran ada diceritakan, Allah SWT Maha Berkuasa menaikkan atau menjatuhkan seseorang yang dikehendakiNya; begitu juga memuliakan atau menghina seseorang yang dikehendakiNya.

Ada orang yang naik dan turun dari tampuk kuasanya dengan cara yang baik dan mulia, serta Allah redha kepadanya. Ada orang yang naik berkuasa dengan cara yang tidak disenangi Allah dan kemudian jatuh tersungkur dengan izinNya jua.

Lama memerintah bukan tanda Allah suka seperti Firaun yang berkuasa ratusan tahun. Sebaliknya tempoh memerintah yang singkat bukan pula tanda Allah benci kepadanya seperti Sayyidina Abu Bakar dan Khalifah Umar Abd Aziz yang memerintah sekitar dua tahun.

Asasnya, kuasa, rezeki, nikmat dan sebagainya datang daripada Allah SWT bukan daripada mana-mana manusia.

Jawatan Ketua Umno Bahagian Labuan yang disandang Datuk Suhaili Abdul Rahman gugur dengan sendirinya, berkuatkuasa serta merta, berikutan pendakwaan terhadap beliau di mahkamah, demikian menurut satu kenyataan dalam lamanweb Umno-online hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, pengguguran jawatan itu adalah selaras dengan Perlembagaan Umno, Fasal 10.10.

Dua hari lepas, Suhaili, 48, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas tuduhan membuat kenyataan palsu kepada Mohd Naser Mohd Noor, seorang Jaksa Pendamai, berhubung pendaftaran Syarikat Saraequity Sdn Bhd pada 3 Ogos 1995, lapor Bernama.

Mengikut pertuduhan itu, Suhaili didakwa memberi maklumat palsu kepada Mohd Naser Mohd Noor dalam akuan berkanun, menggunakan nama Ahmad Suhaily Abdul Rahman dengan kad pengenalan bernombor H 0552182.

Suhaili yang juga bekas anggota parlimen Labuan turut dituduh menipu Malayan Banking Bhd cawangan Kota Kinabalu sebanyak RM160,000 untuk membeli sebuah apartmen di Kota Kinabalu pada 1996.

Sementara itu, Suhaili ketika dihubungi Bernama di Labuan hari ini mengesahkan menerima surat pengguguran itu.

“Surat telah saya terima…surat yang ditandatangani setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan,” katanya.

Sambil meluahkan rasa kesal, Suhaili berkata beliau telah menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dinasihat supaya membuat rayuan.

Suhaili berkata pengguguran jawatannya itu sepatutnya dibuat hanya selepas dibincang pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti.

“Ia (pengguguran) juga dibuat sebelum saya diberi hak untuk membuat pembelaan diri,” katanya.

%d bloggers like this: