img_0923Ramai peminat setia blog Abu Nuha Corner ini ternanti-nanti gambar ahli surau beraksi di gelanggang bowling pada ahad lalu. Lokasinya ialah di Strikers Bowl, Sutera Habour.

Seperti biasa, lebih banyak yang masuk longkang berbanding dapat strike. Juara longkanglah katakan. :)). Mula-mula, ramailah malu-malu kononnya. Bila sudah habis satu permainan, mulalah ketagih tambah satu pusingan lagi.

Dulu-dulu zaman sekolah, pernahlah juga sesekali turun main bowling di Centre Point tu. Ada orang belanja.

img_0914Masa di Kaherah dulu pun pernah main sekali. Tapi longkangnya pelik sikit. Masa buat balingan tu, bola sudah masuk longkang, tiba-tiba boleh melompat keluar balik dan mengena pin-pin di hujung sana.

Alhamdulillah, objektif program pertama kali  ini tercapai apabila sejumlah 22 peserta terlibat termasuk pasangan masing-masing.

Ada juga yang bawa anak masing-masing, sama ada untuk main sama atau sekadar jadi tukang sorak bapak masing-masing. 

Bezanya dengan orang lain, usrah bowling ini dimulakan dengan tazkirah. Tak lama, 2 minit saja. Sapa bagi tazkirah? Abu Nuha juga..!

"Pilih-pilih.. 50 sen sebiji"

"Pilih-pilih.. 50 sen sebiji"

Macam aksi nak sujud pun ada..

Jangan sendiri tergolek, sudah!

Wakil Luyang Perdana menunjukkan bakat.

Wakil Luyang Perdana menunjukkan bakat.

"Bilalah agaknya team aku ni nak menang?"

"Bilalah agaknya team aku ni nak menang?"

Bola pun hijau jugak?

Bola pun hijau jugak?

Gaya sudah ada.. janggut pun ada..

Gaya sudah ada.. janggut pun ada..

Gaya helang terbang. Serius nampak?

Gaya helang terbang. Serius nampak?