Saya baru perasan ada tawaran daripada Amanah Raya Berhad ini sejak semalam. Malangnya tarikh tutup adalah pada esok hari, Jumaat. Para ustaz dan ustazah yang punya pelajar berkaitan, boleh ambil tindakan segera.

amb

KUALA LUMPUR : Amanah Raya Berhad (ARB) dengan kerjasama Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menawarkan biasiswa kepada pelajar Islam yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir dalam bidang Pengajian Islam.

Menurut kenyataan ARB di sini hari ini, permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang beragama Islam yang memenuhi syarat kelayakan iaitu memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Syariah, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan subjek berkaitan.

Latar belakang dan sosio ekonomi keluarga seperti anak yatim, ibu bapa berpendapatan rendah dan jumlah adik-beradik juga diambil kira dalam proses pemilihan ini.

Pelajar yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan melalui portal web http://www.amanahraya.com.my atau menghubungi talian 03-20557373/ 625 untuk maklumat lanjut.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 April ini.