Sabtu lepas saya menerima satu maklumat daripada seseorang wanita.

Di sebuah taman perumahan – Beverly Hills, Jalan Kobusak Penampang, satu kejadian yang berlaku pada petang ahad, hampir maghrib, 5 April lalu.

Ada 3 orang lelaki, dua mat salleh dan seorang cina asyik mengetuk setiap pintu rumah di taman berkenaan. Tujuannya untuk memperkenalkan agama kristian kepada penghuni rumah yang dituju.

Pemberi maklumat itu tinggal di kawasan berkenaan. Oleh kerana dia masih bujang dan tinggal sendirian, dia hanya menjawab bahawa dia seorang muslim, dan langsung menutup pintu.

Dia tidak sempat bertanya kristian mazhab apa yang mereka sebarkan. Tetapi daripada celahan tingkap, ketiga-tiga lelaki berkenaan bergerak ke rumah sebelahnya pula. Kebetulan pula, penghuni rumah sebelah belum pulang.

Saya mencadangkan, jika terserempak dengan mereka ini, sila ambil maklumat. Jika mereka ada kad bisnes, ambil. Jika tiada, ambil nama, no telefon, alamat dan sebagainya.

Jika ada kekuatan, jemput mereka berbincang secara ilmiah sama ada di dalam rumah, di luar atau sembang di kedai kopi. Jangan lupa, ambil gambar mereka sekali. Gambar itu, pos kepada Abu Nuha Corner