Archive for 11 April 2009


img_0513Kembali dari Pulau Gaya, Ust Man mengajak singgah sebentar di sebuah premis ‘fast food’ Arab di Jesselton Point ini. Konon-konon bolehlah mengasah bahasa arab ‘ammi yang sudah lama tumpul ini.

img_0514Pemilik premis ‘Alladdin’ ini –  Ridhuan Spenati, berasal dari Dimasyq Suria.

Dengan pengalaman 8 tahun di Brunei Darussalam, beliau memberanikan diri membuka premis ini sejak 2 bulan lalu.

Bahkan katanya bukan sekadar di situ, terkini dia sudah punya cawangan di 1Borneo pula.

Untuk yang berhajat merasa makanan ini, jangan susah, Ridhuan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

Alhamdulillah, dapat beli syawirma dujaj dengan kadar RM5.00 satu. Kalau banding dengan harga makanan berkenaan di Mesir satu masa dahulu – LE2.50, kira agak mahal sedikit harga di sini.

img_0516Tapi demi sekadar melepas dendam makanan yang pernah menjadi kegemaran kami suami isteri kira-kira 5 tahun lalu, maka belilah dua bungkus.

Membeli di kedai Alladdin ini, ingatan kembali semula ketika membeli makanan yang sama di sekitar bandar Abbas el-Aqqad, Madinat Nasr, Kaherah satu masa dahulu.

Makanan pun dapat, bahasa pun dapat..

Rumah rakyat di Pulau Gaya. Rumah penyokong UMNO-BN atau bukan?

Rumah rakyat di Pulau Gaya. Rumah penyokong UMNO-BN atau bukan?

Kasih guru.. bukan setakat mengajar di dalam kelas

Kasih guru.. bukan setakat mengajar di dalam kelas

Menonton lebih jelas sampai naik bukit?

Menonton lebih jelas sampai naik bukit?

Eh! Lupa liriklah..

Eh! Lupa liriklah..

Wanita UMNO pun ada di sini?

Wanita UMNO pun ada di sini?

Teropong apa tu?

Teropong apa tu?

Belajar tidak mengenal tempat

Belajar tidak mengenal tempat

%d bloggers like this: