img_0081Setengah jam bercerita bersama brother Aris di pejabat HIKMAH Lawas, kami kemudiannya bersama-sama bermaghrib di Masjid Besar Lawas yang baru. Khabarnya baru digunakan sekitar dua tahun atau kurang.

img_0044Masjid ini terletak di atas bukit dan memperlihatkan pemandangan yang cantik.

Sebenarnya, masjid besar yang lama yang juga terletak di atas bukit juga masih elok tetapi kerana ada masjid baru, masjid lama ditinggalkan. Wallahu a’lam apa puncanya, saya kurang periksa.

Masjid yang berkapasiti lebih 1000 jamaah ini mempunyai 3 aras.

Di aras bawah adalah tandas, bilik air dan ruang wudhu; aras 1 dewan solat utama sementara di atasnya aras untuk muslimat.

img_0039Seusai solat maghrib, tidak ada kuliah. Cuma yang cantiknya, mereka membuat 3 halaqah untuk tadarrus al-Quran. Masing-masing mencari tempat di dalam dewan solat utama itu untuk membaca al-Quran. Satu daripada kumpulan itu bertilawah secara tarannum.

img_0046

img_0052

img_0056Apa yang dapat diperhatikan di masjid ini dan persekitarannya, bahkan di bandar Lawas ini secara umum, kebersihannya yang sangat terjaga dan rapi, begitu juga susun atur lanskapnya.