img_0111Sekitar jam 5 petang, selepas selesai menyampaikan ceramah tentang asas Islam dan sejarah al-Quran, saya dan Che’gu Jamil bertolak pula ke Bandar Lawas.

Sebenarnya Lawas tidak jauh, hanya sekitar 40-50 minit perjalanan berkereta. Daerah Sipitang merupakan sempadan Sabah manakala Lawas adalah hujung Sarawak. Kedua daerah ini ditemukan dengan dua pekan kecil iaitu pekan Sindumin di Sipitang, dan pekan Merapok di Lawas.

img_0020Lebih indah lagi ‘ikatan’ Sabah Sarawak itu diserikan dengan sebuah masjid yang terletak antara dua negeri ini. Masjid Sahabat dipanggil masyarakat tempatan memang dibina di tengah-tengah sempadan Sabah dan Sarawak.

Fizikal masjid ini serupa dengan masjid Telekom di Menggatal KK dan Masjid Jamek Layang-Layangan Labuan. Mungkin kontraktor dan pelukis plannya orang yang sama ketika itu.

img_0082Semalaman di Lawas, ia adalah sebuah daerah dan kawasan yang sunyi, tenang dan aman. Malam itu ketika kami makan-makan dan bersembang di sebuah gerai berdekatan sungai Lawas – hampir 2 jam – rupanya kereta iswara Che’gu Jamil tidak berkunci.

Mujur segala barang pakaian, laptop, kamera (baru), serta beberapa hamper tidak hilang. Bahkan brother Aris yang menemani kami sempat menenangkan keadaan dengan menceritakan bahawa kereta yang selalu digunanya sering tidak berkunci dan tidak pernah kehilangan apa-apa.

img_0098Pada 6 februari lalu, sebahagian besar Bandar Lawas beberapa kampung sekitarnya mengalami banjir besar yang tidak pernah dialami hampir 40 tahun lalu. Di kawasan tertentu air sungai Lawas yang berada di pinggir bandar melimpah tinggi sehingga paras bahu dan dagu. Begitulah maklumat yang kami diberitahu.

img_0086Di sungai ini (orang Sarawak panggil sungai dengan perkataan batang), ada perkhidmatan feri ke Labuan 3 kali seminggu.

Dengan tambang RM30 sahaja, penumpang akan merentasi sepanjang sungai dan laut teluk brunei selama 3 jam sebelum tiba ke Labuan.

Selain itu terdapat jua perkhidmatan feri ke Brunei, Limbang serta khidmat perahu dan bot antara kampung-kampung ke bandar Lawas.

img_0094Memang maklum, Sarawak adalah negeri yang masih menggunakan perkhidmatan kenderaan air secara meluas sehingga ke hari ini.

Keluarga besar kami punya tanah di Lawas ini. Tempatnya di Kg Gelapas Trusan, 27km dari Lawas. Tanah seluas 1 ekar itu merupakan kebun kecil durian, langsat kembayau, rambutan dan sebagainya.

img_0075Saya punya hajat juga untuk ke sana, mungkin dalam percutian akan datang, jika bertepatan dengan musim durian khususnya.

Kampung itu hanya pernah saya lawati beberapa kali, terakhir ketika masih bersekolah rendah.

Malam itu kami melepaskan lelah kami di Hotel Perdana di tengah bandar Lawas yang sunyi.

img_0113