Alhamdulillah, program yang dirancang oleh pihak sekolah berkenaan khususnya Jawatankuasa Unit Penghayatan Islam SMK Pengiran Omar berjalan dan berakhir dengan baik.
Sebagaimana sering kami sebutkan dalam program-program lalu, antara objektif program ini ialah untuk menanam aqidah yang mantap di kalangan pelajar, selain belajar memahami agama lain khususnya kristian menurut perspektif Islam.
Bersama rakan-rakan ‘sahabat bible’, kami mengambil slot masing-masing secara berganti-ganti bermula sejak pagi sabtu sehingga berakhir tengahari tadi.
Che’gu Jamil dan Ust Amir bertolak awal pada malam sabtu bersama rombongan fasilitator dan menginap di asrama sekolah berkenaan.
Program kali ini dipimpin oleh Ust Amir Hamzah menggantikan Ust Khaidir yang tidak dapat hadir bersama.
Bermula pagi sabtu, dengan Che’gu Jamil Dayan melakukan muqaddimah dan taklimat, Ust Amir memulakan pengisian dengan slot ‘Sejarah Kristian’ dan ‘Asas Ajaran Kristian’.
Saya pula tiba sekitar jam 2 petang mengambil alih slot jam 3-4 petang dengan tajuk ‘Asas Islam & Sejarah al-Quran’. Cikgu Hashim Harun dari SMK Sanzac yang datang menjelang maghrib, menyampaikan ceramah ‘Mukjizat al-Quran’ pada sebelah malam.
Slot ceramah terakhir disampaikan oleh Ust Bungsu Aziz Jaafar yang baru tiba awal pagi tadi dengan tajuk ‘Pertentangan Fakta Dalam Bible’.
Ceramah demi ceramah itu seperti biasa diselangi dengan slot latihan dalam kumpulan (LDK) yang dipimpin oleh 10 fasilitator khususnya 9 orang daripadanya dari UMS atau lebih tepatnya Persatuan Siswazah Sabah (PSS) melalui unit Kelab Remaja Ukhuwwah.
Asyraf – Ikhwan – Nik Nur Syuhada – Azianti – Farah – Ayu – Cahaya – Afifah – Aslam – Arafat.
Kesemua mereka menunaikan amanah fasilitator dengan cemerlang sekali. Bagi pihak Persatuan Ulama’ Malaysia (Negeri Sabah), yang bekerjasama dengan penganjur, saya mengucapkan terima kasih atas kerjasama mereka.
Kepada pihak sekolah, ucapan terima kasih atas kepercayaan mereka kepada kami bagi mengisi program bermakna ini khususnya pengetua, seluruh JK yang terlibat, istimewa buat Ustazah Feriza Abd Brahim bersama rakan-rakannya yang kami perhatikan begitu bekerja keras sejak sebelum program ini dirancang sehingga akhirnya.
Tidak lupa penaja pengangkutan, Tuan Hj Abu Aslam Abdullah dari Farmasi Aslam yang sudi membenarkan van digunakan untuk kerja dakwah kali ini bersama pemandunya sekali, termasuk ‘meminjamkan’ anak sulung beliau untuk membantu kerja-kerja teknikal sekaligus sebagai fasilitator.
Kepada semua pelajar seramai 95 orang yang baik-baik dan sporting kesemuanya, kami berharap kesan program ini akan menjadikan adik-adik semua sebagai umat Islam yang kasih kepada agamanya, cinta kepada Allah dan RasulNya serta sanggup mempertahankan Islam di mana sahaja berada.
Insya Allah kita akan bertemu lagi.
Kdg2 hati ini terasa kalaulah boleh berada di 2 tempat pada 1 masa…tapi tak mungkin. Teruskan perjuangan sahabat2…saya akn bantu di mana yang dapat. Maaf di atas kesibukan saya.
Masa amat cemburu untuk berkongsi…
Kdg2 terasa kalaulah boleh berada di 2 tempat pada 1 masa, tapi x mungkin. Teruskan perjuangan sahabat2…saya akan bantu mna yang mampu…maafkan saya yang sering x dapat bersama2…
Masa memang nyata sangat cemburu…
MasyaAllah…ingin sekali bersama tapi komitmen & masa sering menghalang. Teruskan perjuangan sahabat2. Maaf kerana selalu x dpt bersama. Sya akn bantu mana yg boleh. Moga Allah memberikan kekuatan kepada antum semua.