Sahabat karib saya sejak di SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah, kemudian di Maahad Tahfiz, di Mesir dan kemudian sama-sama dalam perkhidmatan awam di JHEAINS, Ust Rahim Yahya bin Abd Rahman hari ini menyambut ulangtahun ke-30.

Saya teringat ketika tingkatan 2, saya pernah dipanggil oleh seorang guru agar mencari sahabat yang baik, kerana saya nakal ketika itu. Untuk berubah, kata cikgu kena cari sahabat yang baik. Saya merapati Rahim kerana dia seorang pelajar dan sahabat yang baik.

Di Maahad Tahfiz, kami adalah perintis pertama. Beliau dipilih sebagai ketua pelajar di kalangan kami yang hanya 8 orang itu, sementara saya ketua asrama. Pelajar kemudiannya bertambah sedikit demi sedikit dan amanah itu kami pegang sehingga kami tamat.

Ust Rahim adalah pelajar pertama yang khatam hafaz al-Quran, kalau tidak salah 11 Mac 1999 dan saya khatam dua hari kemudiannya 13 Mac 1999.

Sepanjang persahabatan saya kerap juga berkunjung ke rumahnya ketika itu di Kg Padang Bongawan. Berkahwin dengan sahabat sekelas kami juga, Ustazah Inun Mamit, orang Kg Pelakat Sipitang, juga punya kisah dan cerita menarik. Cuma ketika majlis perkahwinan mereka, saya ada di Mesir.

Kini Ust Rahim bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir JHEAINS di Tawau. Dengar-dengar permohonan pindah diluluskan, ke mana agaknya yaa?