p3210035Sabtu lepas, kami beramai-ramai berkonvoi ke Kg Tg Pagar, Sipitang memenuhi undangan Tuan Hj Razali Kadir dan isterinya Hjh Normah Hj Taha yang mengahwinkan puteri sulung mereka Hazida dengan Mohammad Hisham.

p3210034Perjalanan sekitar 2 jam 30 minit itu diketuai oleh Ust Mad Sepanggar bersama 4 buah kereta lain. Itu tidak termasuk beberapa sahabat lain yang bergerak dahulu. Sekitar 11.20 kami tiba di Pekan Sipitang yang semakin berkembang itu dan tiba di rumah pengantin 10 minit kemudian.

p3210116Saya sendiri agaknya sudah 2-3 tahun tidak berkunjung ke sini. Sipitang bukanlah asing dengan saya kerana, di sinilah saya dilahirkan  30  tahun  lalu di Kg Buang Sayang.

Ketika itu bapa saya bertugas sebagai Pengetua di SMK Pengiran Omar.

Ketika di sinilah, keluarga kami bersahabat rapat dengan keluarga Ust Hj Muchlish Ali Kasim yang ketika itu juga bertugas di Sipitang, iaitu di SUI Sipitang.

Abang saya sendiri pernah menjadi murid kepada Ust Hj Muchlish.

Selepas sekeluarga kembali ke Labuan pada tahun 81-82, saya tidak berkesempatan ke Sipitang lagi sehinggalah ketika bersekolah menengah di SMAI TPHR, K.Kinabalu. Pernah beberapa kali ketika tingkatan 2-4 berziarah ke mari. Maklumlah, saya punya keluarga di sini.

p32100417Hj Razali  yang  mengundang kami ini sebenarnya berasal dari Rusila Terengganu. Bertemu jodoh dan berkeluarga dengan Hjh Normah yang berasal dari kampung Tg Pagar ini 32 tahun lalu.

Sementara Hazida adalah anak sulung Hj Razali yang bertugas di KL. Keluarga suaminya, Mohammad Hisham Zakaria berasal dari Kuching Sarawak + Pulau Pinang.

Nampaknya ketika majlis perkahwinan sabtu lalu, keluarga dari Sarawak datang sekali.

Ketika kami tiba 11.30 pagi itu, kebetulan pengantin baru mula naik pelamin. Apa lagi, Abu Nuha Corner menyibuklah tangkap gambar pengantin. Bukan apa, untuk tatapan pengikut-pengikut blog yang setia ini juga.

p32100521

p32100452

p3210058

p3210064

p3210071

p3210073

p3210086

p3210099