Archive for 22 Mac 2009


p3200005Siang Jumaat, Ustazah Noordianah Hj Alwi selamat dinikahkan dengan pasangannya Sdr Azhar Hj Norbek di rumah abangnya, Ust Baharuddin Hj Alwi di Taman Kingfisher Ujana.

p3200010Ustazah Noordianah yang saya panggil kakak adalah senior sekolah di SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah dahulu. Ketika saya masuk mendaftar sekolah pada Disember 1991, Kak Noordianahlah yang menyambut di pejabat am sekolah. Ketika itu dia dalam tingkatan enam.

p3200008Kak Noordianah yang berasal dari Tawau dikenali sebagai antara perintis dan pelopor awal Kelas Teratak Fitrah yang dikhususkan untuk saudara baru bersama-sama dengan Ust Sarip Adul, Ust Arifin Ali dan lain-lain.

Ketika ia bermula pada awal 2002, kelas berkenaan dikendalikan di Bangunan Kolej Ibu Kota (KIK), Jalan Kebajikan, Sembulan, dan kemudian berpindah ke bangunan SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah.

Saya sendiri terlibat sejak awal atas undangan Kak Noordianah untuk memberi kursus kepada pelajar-pelajar SMAI TPHR yang akan mengajar saudara baru berkenaan.

p3200016Alhamdulillah, walaupun premisnya sudah bertukar beberapa kali, kelas berkenaan kekal pelajar dan pesertanya semakin ramai.

Tidak lama, Kak Noordianah bertugas di Bahagian Dakwah JAKIM Putrajaya. Kini Kak Noordianah ditempatkan di Jabatan Agama Islam WP Labuan sejak tahun lalu.

Sebenarnya, dengan kepetahan pidatonya, Kak Noordianah sering dipanggil berceramah dan berforum. Beliau juga sudah beberapa kali muncul memenuhi undangan Forum Perdana Ehwal Islam di TV1.

p3200011Khabarnya minggu hadapan beliau punya jadual untuk rakaman forum berkenaan, kali ini di WP Labuan.

Sementara suaminya, tidak banyak maklumat saya ketahui. Cuma sdr Azhar, 32 tahun berasal dari Kota Belud, tetapi kini bertugas di ibu negara dalam agensi swasta.

Dalam majlis kenduri perkahwinan malam berkenaan, ramai tetamu yang hadir khususnya warga JHEAINS, Pelajar Teratak Fitrah dan sanak saudara kedua pihak.

Abu Nuha Corner sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai, semoga kekal bahagia sehingga ke syurga. Amin. Alhamdulillah, dah bersuami Kak Dianah..

p3200013

p3200018

p3200023

p32000241

p3200122Maghrib dan isyak jumaat itu saya sepatutnya di Surau Taman Olivia Kepayan. Tetapi oleh kerana saya punya temuramah petangnya di UMS, saya lanjutkan saja rehat di Masjid Universiti.

Unit Masjid dan Hal Ehwal Islam dipimpin oleh sahabat saya Ust Md Essraq Ramli dan dibantu oleh Ust Razali Saibin, selaku imam masjid. Beliau juga junior saya di Shoubra Mesir dahulu.

Mohon maaf kepada kedua-dua sahabat saya itu kerana membawa kisah ini.

Saya sudah berada di masjid UMS sekitar jam 6 petang. Selepas azan maghrib, agak lama juga sebelum iqamat dilaungkan. Tetapi, saya lihat dari sudut masjid, bilal sibuk ke hulu ke hilir.

Imam bertugas tiada. Saya kurang maklum adakah adegan bilal tertoleh-toleh dan ke hulu ke hilir itu berlaku selalu atau hanya malam itu.

Saya pernah diberitahu bahawa pada sebelah malam, pihak pelajar UMS diberi ruang untuk dilatih menjadi imam dan bilal. Tetapi malam itu maghribnya saya dipinta jadi imam, sementara isyak Ust Hj Parmin Sahlan.

Saya berpendapat, latihan pelajar menjadi imam itu memang baik, cuma biarlah ada penyelarasan agar bilal tidak tertoleh-toleh menunjuk siapa yang akan menjadi imam. Kurang manis nampaknya.

Masjid UMS adalah antara masjid utama di Kota Kinabalu selain Masjid Negeri, Masjid Bandaraya, Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang dan lain-lain. Sudah tentu jamaahnya bukan sahaja dari kalangan warga UMS tetapi juga dari luar.

Jika tidak dapat diatur dengan baik, eloklah pihak masjid mengambil alih soal pengimaman solat fardhu. UMS banyak duit peruntukan. Cari saja imam rawatib dan berikan elaun. Sementara di pihak siswa mengendalikan surau di kampung E, atau di KKIP dengan pengawasan unit HEI.

Sekadar mencadang…

Petang Jumaat, saya ke UMS untuk bertemu dengan sekumpulan siswa/siswi yang sedang menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan ajaran sesat di Sabah. Tugasan berkenaan diberikan oleh pensyarah yang tidak asing lagi, Ust Sarip Adul.

Tugasan yang diberikan berkaitan dengan Tamadun Islam / Asia yang menjadi kursus wajib universiti. Mulanya, mereka yang akan datang ke pejabat, tetapi oleh kerana saya bercuti dan berkhutbah di Inanam Laut, langsung saja ke UMS selepas itu.

p3200119Sebenarnya, saya baru genap setahun berada di unit penyelidikan. Kerja-kerja tertangguh terlalu banyak berbanding yang sudah siap. Hanya yang selesai ialah membuat penyelidikan dan semakan berkenaan beberapa buku, poster dan seumpamanya yang sudah dirampas.

Melakukan penyelidikan tentang ajaran sesat memang bukan perkara mudah. Ajaran sesat bukannya benda yang terletak di tengah jalan. Ia tersembunyi, banyak selekoh dan onarnya.

Ada ajaran sesat yang sudah disahkan kesesatannya seperti Ahmad Qadiani yang berlaku di banyak tempat. Di Sabah, ajaran ini terdapat di Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Sandakan.

Ada ajaran sesat dengan kaedah perubatan. Jampi serapah yang mengandungi kesyirikan, penggunaan jin, penipuan duit beribu-ribu, merawat pesakit perempuan berdua-duan tanpa mahram dan waris pesakit dan sebagainya.

Sebenarnya, tambah menyulitkan keadaan di negara kita ialah apabila Islam tidak diletakkan di tempat yang sebenarnya. Dalam keadaan banyaknya ajaran yang songsang, sesat dan salah, kepimpinan negara sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna.

Apa yang berlaku, hari ini merasmikan tilawah, rasmikan maulid nabi, rasmikan maal hijrah, minta umat Islam kembali kepada Islam dan ajaran al-Quran, tapi esoknya puak-puak ni menari dengan isteri orang, berkaraoke dengan anak dara orang dan sebagainya.

Lebih kurang saja dengan ajaran yang songsang tu.

Terima kasih kepada Sofiya Hani, Faezah Othman dan Salwi Yahya yang sudi mendengar celoteh dan bertukar-tukar fikiran dengan Abu Nuha Corner. Ada masa kita bertemu lagi.

%d bloggers like this: