Archive for 18 Mac 2009


KALAM SUCI DARI MEKAH

p3130079Saya berpandangan, jika punya masa, tambahan lagi musim cuti sekolah ini eloklah berkunjung ke Muzium Tamadun Islam di Karamunsing Kota Kinabalu melihat pameran ini.

Bawa anak-anak tentang keutamaan kitab suci al-Quran, bukan saja untuk dibaca tetapi diambil pedomannya. Insya Allah saya akan berkunjung bersama keluarga sedikit masa lagi.

p3170043Petang semalam, secara tidak dirancang saya menyaksikan majlis pengislaman di pejabat Bahagian Dakwah JHEAINS.

p3170051Pejabat saya – Bahagian Penyelidikan & Informasi hanya berhadapan dengan Bahagian Dakwah. Di Dakwah inilah berlangsungnya proses pengislaman.

Sebenarnya, di pejabat ini  – oleh kerana setiap hari lalu lalang di sini – saya menyedari setiap hari ada saja orang masuk Islam. Paling kurang seorang, biasanya lebih.

Orang yang saya maksudkan ini berasal dari Kota Marudu. Noridah @ Maria berumur 34 tahun dan kini bekerja di rangkaian Restoran Sempelang, Sinsuran.

Kebiasaannya, setiap kali tetamu datang untuk memeluk Islam, mereka akan diterangkan tentang keindahan Islam terlebih dahulu, kewajiban-kewajiban agama serta perakuan tidak akan kembali kepada agama asal dan seumpamanya.

p3170052Ustaz atau ustazah yang memimpin sesi itu juga akan memberitahu bahawa tiada siapa yang memaksa mereka memeluk Islam dengan erti kata menganut Islam mestilah dengan kerelaan hati sendiri, mengakui kebenaran Islam.

p3170054Setelah dipimpin oleh Ust Kahar melafazkan syahadah, secara tiba-tiba air mata Noridah mengalir.

Orang yang menyedari dengan sesungguhnya niat suci memeluk Islam, sudah tentu begitu gembira dengan keadaan ini. Begitu juga yang dialami oleh Noridah. Air mata kegembiraan itu mengalir tanpa diminta.

Manakan tidak, katanya dia sudah memikirkan soal aqidah ini sejak 10 tahun lalu. Tempoh 10 tahun itu jugalah ia memikirkan untuk meninggalkan Kristian Roman Katholik, dan berhijrah kepada aqidah Islam yang hanif ini.

p3170058Semalam adalah hari bersejarah buatnya. Noridah jelas membuat keputusan yang tepat. Dia benar-benar lega, bersyukur dan tenang sekali. Hari bahagia itu datang juga akhirnya setelah ia berkecamuk selama 10 tahun. Dibiar sepuasnya air mata itu mengalir laju.

Semoga hidayah itu terus kukuh di dalam dirinya.

%d bloggers like this: