Archive for 17 Mac 2009


p3160109

p3170008Sejak pagi isnin dan berakhir jumaat nanti, Pusat Pendidikan Islam an-Nur dengan kerjasama erat Surau Riyadhus Solihin Taman Austral menganjurkan Kem Tahfiz al-Quran.

Pagi isnin semalam, ibu bapa beramai-ramai hadir mendaftarkan anak, dan melihat seketika program ini berjalan.

p3160099

p3160105Menurut Ust Zulhazmi Osman, Mudir PPIN, antara objektif program ini ialah untuk mengisi ruang cuti persekolahan anak-anak dengan aktiviti menghafaz al-Quran, walaupun hanya surah-surah lazim.

Selain itu, program ini juga bagi mendekatkan masyarakat Islam dengan budaya menghafaz dan cinta al-Quran terutama di kalangan kanak-kanak. Ini memandangkan budaya berhibur yang keterlaluan sedang menyerang masyarakat hari ini.

p3160101

p3160107Program yang telah diwar-warkan sejak sebulan lalu ini mendapat sambutan hebat dengan penyertaan lebih 120 pelajar berumur antara 6 dan 15 tahun.

Setiap peserta yang hanya dikenakan yuran RM50.00 itu akan dilatih tubi untuk menghafaz surah-surah tertentu dengan bimbingan siswa-siswi Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah seramai 9 orang, selain dua ustazah PPIN berstatus hafizah al-Quran.

p3160111

p3170007Setiap pagi, para peserta akan melakukan talaqqi dan musyafahah iaitu melancar dan membetulkan bacaan al-Quran di hadapan guru masing-masing, mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

Selepas sesi talaqqi dan musyafahah, para peserta akan dilatih menghafaz ayat demi ayat menurut kaedah yang betul. Setelah itu setiap peserta akan menghadap semula guru masing-masing untuk sesi tasmik – memperdengarkan hafazan di hadapan guru. Terdapat 7 kali sesi tasmik sepanjang program lima hari ini.

Majlis penutupan dijangka diadakan pada pagi Jumaat, didahului dengan pertandingan hafazan,  tarannum dan khat sebelum perasmian pada 10 pagi. Ibu bapa dan sahabat-sahabat dijemput hadir.

p3160120

p3160103

p3150069Puan Nur Ain Lim Abdullah, pelajar dan aktivis Teratak Fitrah yang juga staf di Takaful Malaysia selamat melahirkan cahayamata sulung lelaki pada 9 Mac lalu bertepatan dengan sambutan Maulidur Rasul SAW 12 Rabiul Awwal.

Menurut suaminya, Ust Mahari Abu Bakar yang mengajar di SK Rampayan, isteri beliau selamat bersalin pada jam 3.04 petang di Hospital Likas dengan berat 3.25 kg. Bayi comel ini diberi nama Muhammad ‘Aynuddin.

p31500801Mudah-mudahan keluarga ini sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Kepada sahabat-sahabat yang belum berziarah, boleh berkunjung di rumah keluarga beliau di Luyang, KK Land tidak jauh dari SMC.

Ust Shamsuri - JAKIM Sabah

Ust Shamsuri - JAKIM Sabah

JAKIM Sabah

JAKIM Sabah

Ust Sufian - Perbadanan Baitul Mal

Ust Sufian - Perbadanan Baitul Mal

 

KDN

KDN

Ustazah Dayang - KDN

Ustazah Dayang - KDN

Pusat Zakat Sabah

Pusat Zakat Sabah

%d bloggers like this: