p3150035Sejak pagi sabtu hingga lewat malam ahad, terdapat pameran sempena Festival Kesenian Islam peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.

Pameran dibuat berhadapan dengan bangunan Dewan Bandaraya, sementara Festival Kesenian yang melibatkan pertandingan nasyid, kompang dan marhaban di belakang bangunan DBKK.

p3150014Saya sendiri terlibat mengetuai jaga kaunter JHEAINS pada sesi pagi hingga tengahari ahad. Gerai pameran yang lain melibatkan USIA, JAKIM, Pusat Zakat Sabah, BaitulMal, Unit Kawalan Teks al-Quran KDN, Muzium Tamadun Islam dan Kraftangan.

Kaunter-kaunter ini sebenarnya banyak menjelaskan peranan jabatan dan agensi masing-masing khususnya yang berkait langsung dengan agama Islam di Sabah.

p31500161Di kaunter JHEAINS, antara yang paling mendapat perhatian ialah taqwim solat yang diberi percuma, buletin JHEAINS, direktori halal, beberapa prosedur pengislaman, sekolah agama, statistik perceraian, serta gambar-gambar aktiviti perayaan Islam sepanjang tahun.

Bahkan mengejutkan apabila ada seorang pengunjung dari Kota Marudu berhasrat memeluk Islam. Saya memberi pilihan untuk beliau agar datang ke pejabat JHEAINS keesokan harinya.

p3150017Cuma alangkah baiknya jika penganjur turut melibatkan sama NGO’s Islam dalam CONCERN seperti Yayasan AMAL Malaysia, ABIM, JIM, Persatuan Siswazah Sabah, Persatuan Ulama’ Malaysia, Teratak Fitrah, WADAH, Persatuan Peguam Muslim Sabah dan banyak lagi.

Jika mereka ada, sudah tentu pameran lebih meriah lagi.

p3150028

p3150029

p3150033

p3150037