Archive for 16 Mac 2009


p3150035Sejak pagi sabtu hingga lewat malam ahad, terdapat pameran sempena Festival Kesenian Islam peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.

Pameran dibuat berhadapan dengan bangunan Dewan Bandaraya, sementara Festival Kesenian yang melibatkan pertandingan nasyid, kompang dan marhaban di belakang bangunan DBKK.

p3150014Saya sendiri terlibat mengetuai jaga kaunter JHEAINS pada sesi pagi hingga tengahari ahad. Gerai pameran yang lain melibatkan USIA, JAKIM, Pusat Zakat Sabah, BaitulMal, Unit Kawalan Teks al-Quran KDN, Muzium Tamadun Islam dan Kraftangan.

Kaunter-kaunter ini sebenarnya banyak menjelaskan peranan jabatan dan agensi masing-masing khususnya yang berkait langsung dengan agama Islam di Sabah.

p31500161Di kaunter JHEAINS, antara yang paling mendapat perhatian ialah taqwim solat yang diberi percuma, buletin JHEAINS, direktori halal, beberapa prosedur pengislaman, sekolah agama, statistik perceraian, serta gambar-gambar aktiviti perayaan Islam sepanjang tahun.

Bahkan mengejutkan apabila ada seorang pengunjung dari Kota Marudu berhasrat memeluk Islam. Saya memberi pilihan untuk beliau agar datang ke pejabat JHEAINS keesokan harinya.

p3150017Cuma alangkah baiknya jika penganjur turut melibatkan sama NGO’s Islam dalam CONCERN seperti Yayasan AMAL Malaysia, ABIM, JIM, Persatuan Siswazah Sabah, Persatuan Ulama’ Malaysia, Teratak Fitrah, WADAH, Persatuan Peguam Muslim Sabah dan banyak lagi.

Jika mereka ada, sudah tentu pameran lebih meriah lagi.

p3150028

p3150029

p3150033

p3150037

KUTU

Pagi ahad, saya bersama isteri membawa salah seekor arnab ke klinik haiwan di Luyang. Setakat ini, kami punya 8 ekor arnab yang sudah besar-besar, berumur antara 6-20 bulan.

Seminggu dua ini, beberapa ekor daripadanya sakit. Telinga-telinga kelihatan koyak dan memburuk. Rupa arnab yang comel itu kelihatan hodoh dan menggelikan. Kulit-kulit telinga itu menjadi mudah untuk dikopak buang. Terdapat pula dua butir nanah di bawah dagunya semakin membesar.

p3150011Doktor yang bertugas menganalisa sebahagian kulit arnab yang dikikis.

Dihadapkan menggunakan mikroskop, rupanya kulit-kulit arnab yang memburuk itu disebabkan kerana kutu yang mengganggu tubuh arnab.

Arnab disuntik, dan diberikan ubat sapu bagi memulihkan kesan nanah berkenaan. Doktor memberi masa agar kembali lagi 2 minggu akan datang.

“Berapa?”. “35 ringgit encik”.

p3140052Jam 2 petang sabtu, saya berada di Surau Kolej Kediaman Indah Permai (KKIP), UMS pula.

Mengisi satu slot ceramah berkaitan keutamaan solat bersama sekitar 30 orang siswa lelaki UMS. Asalnya saya dimaklumkan urusetia bahawa jumlah peserta yang hadir seramai 100 orang. Di mana silapnya, saya kurang maklum.

Ada beberapa keutamaan solat sebagaimana kita maklum. Pertama, ia adalah satu syariat yang diterima oleh Rasulullah di langit dalam peristiwa mi’raj. Rasulullah mengadap Allah SWT bukannya wahyu turun ke bumi.

Kedua, dari segi perlaksanaan, rukun islam lain iaitu haji, puasa dan zakat boleh ditinggalkan sekiranya terdapat halangan kemiskinan, sakit dan seumpamanya. Sedangkan solat, dikerjakan oleh orang sihat dan sakit; orang kaya dan miskin; selama ia masih hidup.

Ketiga, solat adalah amalan pertama yang bakal ditanya pada hari kiamat. Sempurna solat, mudahlah amalan lain. Cacat solat, amalan lain akan bermasalah. Demikianlah.

Kecemerlangan solat pula berkait dengan kesempurnaannya bermula daripada wudhu’, pakaian, tempat, waktu, perlaksanaan, khusyuk, syarat, rukun, sunnat, keikhlasan dan sebagainya. Apabila itu semua sempurna, ia akan melahirkan hamba Allah yang berkualiti, kerana solat itu mempengaruhi hidupnya secara keseluruhan.

Hampir tengahari sabtu, saya beralih pula ke rumah Cikgu Ajmal. Beliau orang Tenom, pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri. Khabarnya mahu ditukarkan ke Tenom dalam tempoh terdekat.

Tujuan ke rumahnya untuk mengajar mengaji al-Quran.

Saya tidak pernah bertemu dengan Cikgu Ajmal. Tetapi ada cerita menarik yang patut direnungi yang pernah menimpa diri Cikgu Ajmal ini. Cerita ini saya pernah dengar sebelum bertemu dengan beliau lagi.

Lebih setahun lepas, Cikgu Ajmal pernah disamun di tengah bandaraya Kota Kinabalu. Saya tidak ingat tarikh tepatnya. Bukan setakat disamun, beliau ditikam di sebelah bahu-leher.

Tiada siapa membantu beliau ketika itu. Beliau terpaksa berjalan kaki dengan berlumuran darah menuju ke Balai Polis Kota Kinabalu.

Setibanya di sana, beliau diminta membuat laporan polis terlebih dahulu di hadapan dua anggota polis perempuan yang bertugas sedangkan sepatutnya beliau dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Hampir 15 minit di sana, anggota polis  menjelaskan, bahawa ketika itu mereka kekurangan kenderaan. Mujur isteri Cikgu Ajmal datang mengambil beliau untuk dibawa ke hospital.

Kurang maklum apa punca kenderaan polis berkurang. Cuma mungkin boleh dikaitkan, malam itu polis berjaga beramai-ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ‘menyambut’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang punya program di Sabah.

Apakah ini benar membuktikan polis lebih sibuk menjaga ceramah politik pembangkang berbanding menjaga keamanan dan membasmi jenayah?

%d bloggers like this: