Archive for 15 Mac 2009


KECEMERLANGAN YAYASAN AMAL MALAYSIA

p3140023Pagi semalam, sempat menghadiri seketika ucapan Presiden Yayasan AMAL Malaysia (AMAL), Cikgu Hussin Ismail dalam Seminar Islam & Kemanusiaan Sejagat di Bilik Hikmah Wisma MUIS.

Dengan nada memberi semangat kepada aktivis AMAL Sabah, beliau turut memberikan sorotan tentang perkembangan drastik AMAL yang baru berusia 9 tahun itu.

Ketika ditubuhkan pada 2001, tiada siapa menyangka Pendaftar Pertubuhan akan meluluskan permohonan mereka hanya sekitar 3 bulan kemudian.

p3140048Yayasan AMAL Malaysia adalah sebuah NGO Islam berteraskan kebajikan.

Dalam tempoh yang masih muda, AMAL telah merentasi kebanyakan negara yang menghadapi musibah seperti gempa, banjir, tanah runtuh, peperangan, dan seumpamanya.

Ingat lagi dengan tsunami di Acheh, Indonesia di mana AMAL adalah antara NGO terawal yang tiba di sana menghulurkan bantuan.

Selain Acheh, AMAL juga pernah menyampaikan bantuan ke Vietnam, Kemboja, Sri Langka, Bangladesh,  Myanmar, Guan Yuan di China, Mindanao, Jogjakarta di Indonesia, Bam di Iran, Balakot di Paksitan, Kashmir, Lubnan, Afghanistan dan terkini di Ghazzah.

Sepanjang pengetahuan saya, aktivis AMAL tidak ramai. Tetapi kesatuan, kesungguhan, kejujuran dan keikhlasan mereka membantu umat sejagat membuatkan masyarakat memberikan kepercayaan kepada mereka melakukan aktiviti kebajikan di seluruh dunia.

p3140038Bak kata Cikgu Hussin, pemergian AMAL dalam mana-mana misi membawa hati nurani umat Islam di Malaysia, sebagai tanda kasih persaudaraan dan ikatan kemanusiaan.

Terkini, AMAL mendapat kepercayaan Kementerian Luar di bawah Dato Seri Dr Rais Yatim, apabila menyampaikan sejumlah RM2 juta untuk AMAL hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk misi kemanusiaan di Ghazzah Palestin.

Dengan keterbatasan tenaga untuk menggiatkan AMAL di seluruh dunia, Cikgu Hussin turut menyeru agar AMAL Sabah mengambil peranan lebih besar untuk membantu umat Islam di Mindanao.

Hakikatnya, setengah juta umat Islam yang menjadi pelarian di sana sangat hampir geografinya dengan bumi Sabah. Mindanao sepatutnya dekat di hati AMAL Sabah.

p3140025Sementara itu dalam laporan aktiviti Yayasan AMAL Malaysia Negeri Sabah, aktiviti kemasyarakatan berteraskan kebajikan dilakukan sepanjang masa.

Antaranya ialah projek kebajikan di Kg Luanti Ranau, Kg Nunuk Ragang Ranau, Kg Kayu Putih Kota Belud, Kg Tambalang Tuaran, Kiulu, bantuan segera banjir di Pitas, tanah runtuh di Lok Bunu Sepanggar, kebakaran di Kg Inanam Laut, Tg Aru dan Kg Sembulan, dan seumpamanya.

p3140045Ini tidak termasuk ziarah bulanan ke hospital Queen Elizabeth yang diadakan secara bergilir dengan pelbagai NGO Islam yang lain setiap minggu.

Akhirnya, sekalung tahniah dan selamat berjuang kepada saf kepimpinan AMAL Sabah sesi 2009/20011 yang baru dipilih semalam.

Insya Allah, dengan sumbangan yang dihulurkan, ganjaran besar menanti kalian.

Petang jumaat, saya ke Tg Aru Plaza sebentar untuk membeli ubat untuk mama di kampung. Sejak 6 tahun lalu, mama menghidapi angin ahmar. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, beliau sudah dapat berjalan sendiri perlahan-lahan.

Di Tg Aru Plaza saya menuju ke Citra Lestari, sebuah premis direct selling milik usahawan muda bernama Cik Azizah Ag Tahir. Azizah baru berumur 23 tahun, masih bujang dan berasal dari Beaufort. Cita-citanya untuk meluaskan pasaran sehingga ke Sarawak.

Ketika ke sana, Azizah tiada. Tetapi saya dilayan oleh seorang stafnya bernama Monica, 20 tahun yang berasal dari Apin-Apin Keningau.

Setelah hajat membeli barang tertunai, saya mengajak Monica yang seksi itu memeluk Islam. Dia terkejut. Tapi saya terkejut sama apabila Monica memberitahu abangnya beragama Islam, seorang guru agama, Osman namanya. Sementara ahli keluarganya yang lain masih menganut RC.

“Masuk Islamlah”.

“Ada juga terfikir, mungkin satu hari saya cari abang saya..” Jawab Monica.

Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada pemudi ini untuk memeluk Islam.  

Oleh kerana ketika itu kamera tertinggal di kereta, tidak dapatlah menggambar wajah Monica. Tetapi harapnya Azizah mungkin boleh menunjukkan jalan Islam kepada Monica. Saya harap Azizah dan Monica membaca artikel ini.

Ini kali kedua kunjungan ke sana. Saya punya jadual dari JHEAINS menyampaikan khutbah.

Dari luar saja, melihat pintu jeriji penjara yang tinggi itu, lutut mula terasa longgar. Nama dicatatkan dalam buku. Telefon bimbit atau apa yang dilarang mesti ditinggalkan di kaunter. Tiada ruang untuk menggambar banduan.

Jantung berdegup laju melalui satu demi satu blok sambil diiringi oleh dua orang pegawai penjara. Mungkin itu biasa bagi wargakerja di sini, tetapi sudah tentu saya tidak begitu.

“Assalamualaikum ustaz!” Jerit seorang banduan dari celah jendela.

“Waalaikumussalam”. Saya membalas dengan senyuman tawar.

Dari luar masjid, saya melihat mereka sudah bersiap sedia. Saya hadir tepat 12.30 tengahari. Azan dikumandangkan.

Allah! Kali ini meruntun jiwa dan sayu rasa hati mendengar kemerduan suara bilal yang bernama Jimmy itu. Sungguh merdu lagu azannya. Saya lihat di sebahagian tangannya berukir tatto. Khabarnya dia dihukum atas kesalahan membunuh.

Sahabat saya yang bertugas di situ menjelaskan, Jimmy masuk ke penjara dalam keadaan buta huruf. Kini dia sudah boleh membaca al-Quran dengan baik. Bahkan menilai kemerduan suara dan alunan lagu azannya, orang pasti tidak menyangka, itu dipelajarinya ketika berada dalam tahanan ini.

Khutbah saya menghubungkaitkan antara kecintaan kepada Rasulullah SAW dan ketentuan Allah SWT sehingga mereka berada dalam dunia yang asing itu. Menyediakan khutbah untuk banduan sudah tentu lebih khusus dengan suasana dan keadaan mereka.

Jika manusia di luar tembok besi itu asyik sibuk dengan dunia hiburan, mencari kemewahan dunia sehingga lupa Tuhan dan agama, mereka di dalam penjara pula punya banyak masa untuk bermuhasabah, membuat koreksi dan menilai kelemahan diri, memohon ampun kepada Allah, membanyakkan ibadah khusus serta melakukan persiapan ilmu dan ketahanan diri sesudah keluar nanti.

Sesudah solat, saya dapat bersalam dengan hampir kesemua 169 banduan itu. Antara yang sempat saya bertanya, beberapa banduan dari semenanjung, juga seorang tua berumur 73 tahun dari Kinabatangan.

Pihak penjara hanya membenarkan banduan lama yang hadir berjumaat berbanding hampir seribu banduan beragama Islam yang menghuni tempat ini.

Alhamdulillah, sejak mereka di sini, yang asalnya tidak mengenal Tuhan, kini sudah pandai solat dan membaca al-Quran. Insya Allah, saya mahu datang lagi membantu.

Hampir setiap malam saya berada di luar rumah dan lewat balik.

Malam jumaat lepas, saya memberi ruang bersama keluarga, makan kek dan nasi khusus meraikan anak kedua dan keempat yang menyambut ulangtahun kelahiran masing masing.

Hana Sumayyah, 4 tahun, lahir pada 12 Mac 2005 dan Lu’lu’ Badriyyah, 1 tahun, lahir pada tarikh yang sama tahun lepas, empat hari selepas piihanraya umum ke-12. Kedua-dua mereka lahir di Hospital Likas.

Tiada sambutan besar-besaran, hanya kami bertujuh – enam beranak bersama pembantu rumah. Tiada makanan istimewa selain kek setengah kilo yang manis rasanya, mudah-mudahan kehidupan mereka selepas ini juga terus dikelilingi dengan kemanisan iman dan kemanisan hidup.

Sanah helwa.. ya bintani..

p3120068

p3120075

%d bloggers like this: