Archive for 14 Mac 2009


Kemaskini.

Ada dua berita gumbira.

Sahabat sekelas di SMAI TPHR, Ust Ak Yuzie Pg Md Yussuff – yang berasal dari Kg Melawaring Bongawan selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang lagi rakan sekelas, Ustazah Noraslinah Suziyanie Abd Kini dari Kg Pimping Membakut.

Begitu juga sahabat @ junior saya di Labuan Ust Zulkarnain Alihttp://mesrarakyat.wordpress.com/ (blogger yang masyhur – sudah masuk dalam tranungkite) hari ini akan melangsungkan majlis pernikahan dengan tunangnya Ustazah Nor Fauziah Ebeh, gadis dusun + bajau yang asal keluarganya dari Tuaran tetapi kini menetap di Labuan. 

Zul juga pernah mengaji di SMAI TPHR kini mengajar di SK Pekan 2 sementara Fauziah di SK Pekan 1 WP Labuan.

Doa kami semoga kesemuanya dilimpahi rahmat dan kasih daripada Allah SWT. Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga.

بارك الله لكم وبارك الله عليكم وجمع بينكم في خير

Pada khamis lepas, sejak 8 pagi hingga 11.30 pagi, saya berada di Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat N. Sabah di jalan Bunga Raya Kepayan.

p3120030Program kali ini ialah majlis menghafaz al-Quran untuk mencari wakil negeri ke peringkat kebangsaan. Mungkin kekurangan promosi menyebabkan hanya 10 peserta yang hadir untuk diuji kemampuan hafazan mereka.

p3120038Walaubagaimanapun, sebagai satu kredit kepada penganjur, saya berpendapat ini adalah permulaan yang baik agar pihak JHEAINS akan membuat majlis seumpama ini pada tahun hadapan dengan lebih besar dan teratur lagi.

Setahu saya, negeri Sabah tidak pernah mengadakan majlis menghafaz peringkat negeri.

Dahulu, semasa maahad tahfiz negeri tidak ada, wakil Sabah merupakan pelajar Sabah yang menuntut di Institut PengajianTahfiz al-Quran Kuala Lumpur.

Apabila Maahad Tahfiz Negeri Sabah diwujudkan pada 1995, sejak itu wakil Sabah diambil dari sini sahaja tanpa sebarang ujian pemilihan. Saya sendiri pernah menjadi wakil Sabah 2 kali, pada 1995 dan 1997.

Kedua-dua majlis ketika itu diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam (1995) dan di Audiotorium P.Ramlee Kuching Sarawak pada 1997. Ketika itu kami dipilih hanya berdasarkan hafazan di dalam kelas.

Bersama sahabat-sahabat lain di maahad ketika itu, kami bergilir-gilir mewakili Sabah.

Alhamdulillah, majlis semalam walaupun secara kecil-kecilan, ia menjadi pencetus kepada majlis lebih teratur pada tahun hadapan.

p3120054Sementara itu, saya mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang bakal mewakili Sabah ke majlis menghafaz kebangsaan bulan hadapan di Kelantan.

p3120039Sebagai salah seorang yang hadir, diamanahkan sebagai hakim munabbih semalam, dan pernah menjadi peserta lebih 10 tahun lalu, mendengar dan melihat sendiri para peserta mempersembahkan hafazan masing-masing, saya merasakan masa depan yang cerah dan itu menyebabkan saya merasa syukur sekali.

Sebenarnya, Sabah tidak ketinggalan.

Setelah Sabah asyik menonjol dalam nyanyian, kemudian nasyid, tilawah, insya Allah satu masa wakil majlis menghafaz akan mengharumkan negeri ini.

Tahniah penganjur – Pengetua Maahad – Ustazah Hiryanti, Ustazah Dg Masni dan semua pelajar yang bertungkus lumus; juga semua peserta yang menunjukkan keberanian untuk tampil buat pertama kalinya.

%d bloggers like this: