p3090001Kemalangan berlaku petang isnin lepas di Jalan Lintas, tidak jauh dengan Taman Inanam Laut dan Taman Bakti Ikhlas. Saya kebetulan melalui jalan ini beberapa minit kemalangan berlaku.

Menurut pemandunya, ia cuba mengelak daripada sebuah van yang melintasi hampir di hadapannya. Van itu dikatakan dari arah taman menuju ke laluan bertentangan, menyebabkan ia terbabas. Sementara sebuah kereta kelisa pula melanggar belakang kenderaan 4×4 ini menyebabkan kelisa itu juga terbabas sama. 

Pihak polis ketika itu juga baru hadir setelah mendapat laporan awam. Tiada kecederaan parah dilaporkan.

Semoga kita diselamatkan oleh Allah daripada musibah yang kita tidak mampu tanggung.