Hujung minggu lepas, sahabat-sahabat berprogram di Pitas, khususnya dalam dalam dua program besar.

img_0450Pada malam minggu diadakan Forum Hal Ehwal Islam anjuran bersama JHEAINS Pitas di bawah pimpinan Ust Kamal Sindong selaku Penolong Pegawai Tadbir Agama (PPTA) daerah dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Negeri Sabah di Masjid Kg Kalumpang yang dihadiri oleh lebih 600 masyarakat Islam di sana.

Forum dipanelkan oleh Ust Bungsu Aziz Jaafar, Tuan Hj Ayub Abd Rahman Abdullah dan Tuan Hj Nicholas Sylvester Mohammad Abdullah berkenaan tentang keindahan Islam.

Khabar juga sampai ke telinga dan ke dalam sms, terdapat sedikit provokasi beberapa hari sebelum majlis berlangsung, apabila sepanduk program ditanggalkan oleh pihak yang tidak dikenalpasti.

Walaubagaimanapun, ia langsung tidak menjejaskan program berkenaan berjalan dengan lancar sehingga tamat program.

img_0470Sementara pada siang sabtu hingga tengahari ahad, diadakan kursus pemantapan aqidah yang juga diisi secara bergilir oleh ketiga-tiga panel yang sama. Program ini dihadiri oleh 100 peserta terpilih.

Program kali ini juga mendapat kerjasama paling erat oleh semua ahli ‘Sahabat Bible’, apabila hanya seorang yang tidak hadir kerana masalah keluarga. ‘Sahabat Bible’  (kerana sering menggunakan bible dalam perbincangan perbandingan agama), yang kerap mengendalikan program seumpamanya di seluruh pelusuk Sabah.

Tahniah kepada semua urusetia Che’gu Jamil, Ust Khidir, Ust Amir, Cikgu Hashim, Cikgu Nasirin, Fairuz Bend dan beberapa sahabat lain yang bekerja keras menjayakan program sejak awal.