Archive for 13 Mac 2009


p3090008Sekalung tahniah buat abang ipar – angah sekeluarga yang mula masuk ke rumah baru mereka di Putera Perdana, Telipok beberapa hari lepas.

Putera Perdana adalah sebuah perumahan baru. Ketika kami berziarah petang isnin, suasana masih sunyi lagi. Mudah-mudahan dengan rumah baru mereka, akan mendatangkan kebahagiaan berkekalan untuk seisi keluarga.

Ada satu amalan yang berkait dengan kehidupan di rumah yang disarankan oleh Nabi SAW :

“Ada tiga golongan, semuanya mendapat pemeliharaan Allah AWJ.

Pertama, seseorang yang berjuang di jalan Allah, ia mendapat pemeliharaan Allah sama ada ia syahid lalu masuk syurga atau ia kembali pulang, menang membawa pahala dan harta rampasan.

Kedua, seseorang yang pergi ke masjid, maka ia mendapat pemeliharaan Allah, sehingga ia meninggal dunia lalu Allah memasukkannya ke dalam syurga ata ia kembali pulang membawa pahala dan kemenangan.

Ketiga, seseorang yang memasuki rumahnya sendiri dengan mengucapkan salam, maka ia mendapat pemeliharaan Allah SWT”. (HR Abu Daud)

p3090001Kemalangan berlaku petang isnin lepas di Jalan Lintas, tidak jauh dengan Taman Inanam Laut dan Taman Bakti Ikhlas. Saya kebetulan melalui jalan ini beberapa minit kemalangan berlaku.

Menurut pemandunya, ia cuba mengelak daripada sebuah van yang melintasi hampir di hadapannya. Van itu dikatakan dari arah taman menuju ke laluan bertentangan, menyebabkan ia terbabas. Sementara sebuah kereta kelisa pula melanggar belakang kenderaan 4×4 ini menyebabkan kelisa itu juga terbabas sama. 

Pihak polis ketika itu juga baru hadir setelah mendapat laporan awam. Tiada kecederaan parah dilaporkan.

Semoga kita diselamatkan oleh Allah daripada musibah yang kita tidak mampu tanggung.

Hujung minggu lepas, sahabat-sahabat berprogram di Pitas, khususnya dalam dalam dua program besar.

img_0450Pada malam minggu diadakan Forum Hal Ehwal Islam anjuran bersama JHEAINS Pitas di bawah pimpinan Ust Kamal Sindong selaku Penolong Pegawai Tadbir Agama (PPTA) daerah dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Negeri Sabah di Masjid Kg Kalumpang yang dihadiri oleh lebih 600 masyarakat Islam di sana.

Forum dipanelkan oleh Ust Bungsu Aziz Jaafar, Tuan Hj Ayub Abd Rahman Abdullah dan Tuan Hj Nicholas Sylvester Mohammad Abdullah berkenaan tentang keindahan Islam.

Khabar juga sampai ke telinga dan ke dalam sms, terdapat sedikit provokasi beberapa hari sebelum majlis berlangsung, apabila sepanduk program ditanggalkan oleh pihak yang tidak dikenalpasti.

Walaubagaimanapun, ia langsung tidak menjejaskan program berkenaan berjalan dengan lancar sehingga tamat program.

img_0470Sementara pada siang sabtu hingga tengahari ahad, diadakan kursus pemantapan aqidah yang juga diisi secara bergilir oleh ketiga-tiga panel yang sama. Program ini dihadiri oleh 100 peserta terpilih.

Program kali ini juga mendapat kerjasama paling erat oleh semua ahli ‘Sahabat Bible’, apabila hanya seorang yang tidak hadir kerana masalah keluarga. ‘Sahabat Bible’  (kerana sering menggunakan bible dalam perbincangan perbandingan agama), yang kerap mengendalikan program seumpamanya di seluruh pelusuk Sabah.

Tahniah kepada semua urusetia Che’gu Jamil, Ust Khidir, Ust Amir, Cikgu Hashim, Cikgu Nasirin, Fairuz Bend dan beberapa sahabat lain yang bekerja keras menjayakan program sejak awal.

%d bloggers like this: