p3080017Malam tadi, dianggarkan lebih 250 orang hadir di Surau Taman Limauan dalam sambutan Maulidur Rasul.

p3080010Kehadiran begitu ramai berbanding kapasiti surau yang sederhana menyebabkan hadirin melimpah hingga keluar bangunan.

Bak kata Encik Ribbang Ampong, sejak 3 tahun lalu surau ini didirikan, inilah kehadiran paling ramai dalam satu-satu majlis.

Kebanyakannya mahu hadir ingin melihat dan mendengar sendiri seorang anak tempatan dari Papar bekas Kristian yang kini menjadi pendakwah hebat negara.

Ternyata kehadiran dan ceramah Hj Nicholas tidak menghampakan, bahkan jamaah yang hadir berpuas hati dengan kisah perjalanan hidup beliau, kelancaran beliau melafazkan firman dan sabda begitu menggamit perasaan yang hadir.

"Saya tenang di dalam Islam"
“Saya tenang di dalam Islam”

Hj Nic menceritakan betapa beliau begitu kagum apabila membaca sirah Rasul, perkara yang tidak dapat dialaminya ketika berada dalam Kristian. 

Beri hak kaum ibu untuk menuntut ilmu

Beri hak kaum ibu untuk menuntut ilmu

Atas kekaguman beliau itulah, setelah memeluk Islam di Amerika Syarikat pada 1985, beliau memilih nama Muhammad bin Abdullah.

 

Melimpah keluar

Melimpah keluar

 

mesrakan anak-anak dengan rumah Allah

mesrakan anak-anak dengan rumah Allah

“Malu kita!” Bisik seorang jamaah. Manakan tidak, seorang saudara kita pula berceramah kepada saudara ‘lama’.

 

 Hj Nic turut menepis beberapa tohmahan Kristian terhadap Rasulullah SAW, seperti tuduhan baginda sebagai gila seks dan sebagainya.

p30800331Setelah ceramah, seperti di kebanyakan ceramah lain dibuka sesi soal jawab.

Kedengaran juga beberapa bisikan kecewa kerana tidak dapat bertanya kerana dihadkan masa oleh pengerusi.

Tahniah kepada seluruh JK Surau yang dipimpin Encik Ribbang yang begitu bersungguh-sungguh menjayakan majlis ini.

Juga buat semua jamaah yang menanti sehingga akhir, yang datang seisi keluarga mendengar ceramah Hj Nic. Semuanya kita lakukan kerana kasih kepada Rasulullah SAW.

Insya Allah ada rezeki saya akan bantu untuk mencari penceramah dan pendakwah yang hebat-hebat untuk dibawa ke surau ini.

Terima kasih tuan..

Terima kasih tuan..