p3080766Sejak pagi sampai tengahari tadi, kami sekeluarga meluangkan masa di rumah Encik Ahmad Yasin – Jurugambar @ Wartawan JHEAINS yang mengadakan kenduri kahwin untuk anak keduanya – Md Azirul Firdaus dan Sharifah Nuraini di Kg Muhibbah Petagas.

Md Azirul, 29 tahun seorang guru yang bertugas di Tawau bertemu jodoh dengan Nuraini, peranakan Arab yang berasal dari Tawau. Kedua mempelai telah selamat disatukan di Tawau minggu lepas.

p3080775

Ramai ahli keluarga dan wargakerja JHEAINS hadir memenuhi jemputan. Antara yang hadir Ust Md Sidik Ag Adi (timb. pengarah hal ehwal Islam), Hj Abekan Liun (kpp khidmat pengurusan), Hjh. Zaloha (kpp dakwah), Ust Baharuddin (kpp pentadbiran syariah) dan ramai lagi.

Doa kami semoga kebahagiaan hari perkahwinan ini berkekalan sehingga akhir hayat.

p3080783