p3080744Seorang warga JHEAINS yang dikira terkenal juga di sebelah pantai barat ini ialah Tuan Hj Lamsin Anggali, 53 tahun. Beliau merupakan staf di JHEAINS Putatan yang berketuakan Puan Khadijah Sidek selaku Penolong Pegawai Tadbir Agama (PPTA) daerah.

Hj Lamsin yang berasal dari Putatan boleh dikatakan aktif dalam jabatan. Beliau berada dalam perkhidmatan awam bermula di Yayasan Sabah, Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK) dan mula berkhidmat di JHEAINS sejak 1994. Di JHEAINS kini beliau adalah penolong pegawai tadbir masjid JHEAINS Putatan.

Dengan hidup dikelilingi 3 isteri dan 5 cahayamata, nampaknya Hj Lamsin begitu bahagia berikutan ketiga-tiga isterinya hidup saling bekerjasama dan bertolak ansur.

Sebenarnya Hj Lamsin juga adalah aktivis UMNO Bahagian Putatan. Beliau merupakan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian sejak 15 tahun lalu dan sebelum itu pengerusi tetap dalam pergerakan pemuda selama  5 tahun.

Ketika berbual pagi tadi, katanya dia ingin sekali bersahabat dengan orang PAS. Untuk memperbaiki diri, dia berharap dapat berkawan dengan musuh politik. Orang PAS katanya boleh memberi teguran kepadanya sedangkan orang UMNO hanya memuji dan tidak bersedia membuat kritikan.

Terima kasih Hj Lamsin yang sudi berkongsi maklumat.