Archive for 8 Mac 2009


p3080744Seorang warga JHEAINS yang dikira terkenal juga di sebelah pantai barat ini ialah Tuan Hj Lamsin Anggali, 53 tahun. Beliau merupakan staf di JHEAINS Putatan yang berketuakan Puan Khadijah Sidek selaku Penolong Pegawai Tadbir Agama (PPTA) daerah.

Hj Lamsin yang berasal dari Putatan boleh dikatakan aktif dalam jabatan. Beliau berada dalam perkhidmatan awam bermula di Yayasan Sabah, Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK) dan mula berkhidmat di JHEAINS sejak 1994. Di JHEAINS kini beliau adalah penolong pegawai tadbir masjid JHEAINS Putatan.

Dengan hidup dikelilingi 3 isteri dan 5 cahayamata, nampaknya Hj Lamsin begitu bahagia berikutan ketiga-tiga isterinya hidup saling bekerjasama dan bertolak ansur.

Sebenarnya Hj Lamsin juga adalah aktivis UMNO Bahagian Putatan. Beliau merupakan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian sejak 15 tahun lalu dan sebelum itu pengerusi tetap dalam pergerakan pemuda selama  5 tahun.

Ketika berbual pagi tadi, katanya dia ingin sekali bersahabat dengan orang PAS. Untuk memperbaiki diri, dia berharap dapat berkawan dengan musuh politik. Orang PAS katanya boleh memberi teguran kepadanya sedangkan orang UMNO hanya memuji dan tidak bersedia membuat kritikan.

Terima kasih Hj Lamsin yang sudi berkongsi maklumat.

p3080766Sejak pagi sampai tengahari tadi, kami sekeluarga meluangkan masa di rumah Encik Ahmad Yasin – Jurugambar @ Wartawan JHEAINS yang mengadakan kenduri kahwin untuk anak keduanya – Md Azirul Firdaus dan Sharifah Nuraini di Kg Muhibbah Petagas.

Md Azirul, 29 tahun seorang guru yang bertugas di Tawau bertemu jodoh dengan Nuraini, peranakan Arab yang berasal dari Tawau. Kedua mempelai telah selamat disatukan di Tawau minggu lepas.

p3080775

Ramai ahli keluarga dan wargakerja JHEAINS hadir memenuhi jemputan. Antara yang hadir Ust Md Sidik Ag Adi (timb. pengarah hal ehwal Islam), Hj Abekan Liun (kpp khidmat pengurusan), Hjh. Zaloha (kpp dakwah), Ust Baharuddin (kpp pentadbiran syariah) dan ramai lagi.

Doa kami semoga kebahagiaan hari perkahwinan ini berkekalan sehingga akhir hayat.

p3080783

untitledBeberapa sesi ketika kempen Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dilancarkan di beberapa tempat sebelum ini, saya merasakan sambutan tidak begitu memberansangkan. Saya berfikir adakah sasaran 100 ribu rakyat turun pada 7 Mac akan menepati sebagaimana diharapkan.

Tetapi apabila melihat video-video klip di YouTube berkenaan himpunan dan perarakan bantah PPSMI itu semalam, saya merasa cemburu melihat rakyat dari seluruh negara turun beramai-ramai. Tidak syak lagi himpunan itu mencapai sasaran kehadiran 100 ribu.

Saya membaca dalam blog Puan Ainon Mohd, yang sering saya kunjungi :  http://www.universitipts.com/ seorang pejuang bahasa yang tidak asing di negara kita, terdapat 135 pertubuhan menyertai GMP.

Itu tidak termasuk pertubuhan yang mempunyai gabungan masing-masing seperti SUARAM yang mempunyai 25 anggota pertubuhan dan Majlis PIBG Kebangsaan yang mempunyai 8 ribu persatuan seluruh negara.

Di dalam blog Prof Shaharir Md Zain (Presiden Akademi Sains Islam Malaysia) http://www.kesturi.net/   disenaraikan profesor-profesor bidang sains yang menentang PPSMI.

Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan). KP: 601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP: 500922-07-5107
Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP.591108-11-5043
Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038
Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020
Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).
Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733
Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP: 520709-01-5373
Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP: 520912-01-5483
Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP: 550916-10-6179
Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P: 570324-06-5543
Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097
Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491
Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541
Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan).
Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik).
Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032
Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat): KP. 3821920
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035
Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal). KP: 470901075111
Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976
Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272
Prof. Othman Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP. 4380233
Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049
Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141
Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459
Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
Prof. Shahrim Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat): KP 4478636
Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447
Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-5623

Kalau yang ahli sudah tidak setuju, kita ini apatah lagi.

Lagi banyak koleksi gambar dalam blog Prof Abdullah Hassan http://profabdullah1.wordpress.com/

%d bloggers like this: