Archive for 3 Mac 2009


DRAMA PERAK

Teruja, berdebar dan bermacam-macam perasaan membaca satu demi satu laporan pelbagai blogger di Perak khususnya berdekatan dengan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh.

Saya catatkan semula kronologi semasa di sana.

10.58 pagi : Sidang media oleh Speaker dan MB Nizar di hadapan pejabat DAP dihadiri oleh 80 wartawan dan blogger. Laporan http://politikbanjar.blogspot.com/

10.49 pagi : MB Hj Nizar menyatakan akan cuba mengadap Sultan memberitahu keputusan usul DUN. Laporan http://malaysiakini.com/bm

speaker10. 28 pagi :  Sidang DUN berjalan dengan lancar ditempat yang ditetapkan Speaker kira-kira 100 meter dari pintu masuk bangunan SUK.

Dewan meluluskan 2 usul yang dibawa oleh ADUN Titi Serong dan ADUN Teja. Usul ADUN Titi Serong disokong oleh ADUN Canning. Usul ADUN Teja disokong oleh ADUN Hutan Melintang.

Sidang tersebut dihadiri oleh semua 28 ADUN PR termasuk YAB MB dan speaker sendiri. Ustaz Misbah yang dilantik sebagai SU Dewan mengendalikan sidang tergempar dengan baik.

Dato’ Ngeh Khoo Ham mengusulkan usul ke-3 supaya dewan menerima keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan. Disokong oleh ADUN Sungkai. Usul diterima sebulat suara.

YAB MB dari ADUN Pasir Panjang usulkan dewan ditangguh. Disokong oleh ADUN Sungkai. Sidang ditangguh. (10.32 pagi). Laporan YB Idham Lim http://idhamlim.blogspot.com/

10.23 pagi : Usul pertama undi percaya kepada MB Hj Nizar dan usul kedua pembubaran DUN. Laporan http://politikbanjar.blogspot.com/

10.13 pagi : Sidang DUN berlangsung berdekatan dengan bangunan SUK, kira-kira 100 meter, di bawah pokok. Demikian diumumkan Speaker. Laporan YB Idham Lim http://idhamlim.blogspot.com/

9.50 pagi : ADUN Simpang Pulai diheret oleh polis daripada memasuki bangunan SUK. Beberapa ADUN lain ditolak oleh FRU. Laporan YB Idham Lim  http://idhamlim.blogspot.com/

9.30 pagi : Semua ADUN Pakatan Rakyat berada di luar bangunan SUK diketuai oleh MB Hj Nizar. Laporan http://malaysiakini.com/bm   

8.15 pagi : Pintu utama Bangunan SUK ditutup, termasuk juga pintu belakang. Lebih 100 polis berkawal. Laporan http://malaysiakini.com/bm

Tarikh : 6 Mac 2009 (Jumaat)

Masa : 8.00 – 10.00 malam

Tempat : Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral

Penceramah : Tuan Hj Ayub Abd Rahman Abdullah (Bekas Paderi)

Urusetia : Tuan Hj Omar Tompang (019-8625282)

%d bloggers like this: