Archive for 2 Mac 2009


BERITA KELUARGA

p4280074Tuan Hj Mustafa (60 tahun), bapa kepada sahabat kita, Tuan Hj Rahimin Hj Mustafa (Pengerusi Pusat Pendidikan Islam an-Nur – gambar) telah kembali ke rahmatullah di rumahnya di Machang Kelantan sekitar jam 6.30 petang tadi.

Tuan Hj Mustafa dikatakan terjatuh di dalam bilik air di rumahnya, sebelum disahkan meninggal dunia. Beliau juga menghadapi penyakit darah tinggi.

Tuan Hj Mustafa pernah menetap di Telupid, Sandakan selama 35 tahun (1969-2004) dan ketika itu Allahyarham bertugas sebagai pemandu ambulan di sana.

Kita mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman. Kepada seluruh keluarga beliau, khususnya Tuan Hj Rahimin sekeluarga agar bersabar menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah.

Mulai 1 Mac 2008, iaitu setahun lalu, saya bertugas di Unit Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan dan Informasi, JHEAINS. Sebelum itu, selama 15 bulan saya berada di Istana Negeri sebagai pegawai agama kepada TYT.

Setahu saya, hanya jawatan pegawai agama Istana satu-satunya penjawat JHEAINS yang berada di luar. Selain itu, tiada pegawai JHEAINS yang ditempatkan di jabatan-jabatan lain.

Selama 15 bulan itulah saya mendapat pelbagai ilmu, pengalaman, rencah pergaulan dengan pelbagai orang bermula daripada orang nombor satu dan dua iaitu TYT dan Toh Puan, menteri kabinet, ahli yang berhormat, pegawai tinggi kerajaan sehingga ke jamaah masjid khususnya yang kami pernah ziarahi.

Selama itu juga saya sering berada di hadapan khalayak, khususnya menjadi khatib dan imam. Begitu juga sering mengatur program agama yang sering berurusan dengan awam dan tetamu.

Bertukar ke unit baru, bererti berubahnya suasana kerja. Di istana negeri memang kerjanya glamor dan terdedah kepada khalayak, begitu juga sebelumnya bertugas di masjid negeri sebagai imam.

Unit Penyelidikan yang lama kosong dan terbiar memang memerlukan suntikan baru. Saya memang tidak menyangka akan dihantar ke unit ini kerana ia memerlukan kepakaran mendalam untuk melakukan penyelidikan khususnya buku-buku agama yang dicurigai ketepatan faktanya, sedangkan saya tahu kelemahan diri.

Unit ini tidak memerlukan saya selalu keluar dan bertemu orang awam kecuali sesekali. Memang saya sering berkurung di bilik menghabiskan masa membaca buku. Sesekali keluar untuk merehatkan fikiran, atau bertemu saksi dan menyertai rampasan barangan berkaitan.

Setahun di sini, hampir 20 buku diselidiki, pelbagai poster agama, juga beberapa rampasan buku dan pakaian saya sertai. Alhamdulillah, dapatlah pelbagai ilmu dan pengalaman baru, tidak ketinggalan sahabat-sahabat baru.

Dalam tempoh setahun di unit ini juga, hanya 3 kali saya berkhutbah di masjid berbanding hampir setiap minggu setahun sebelum itu. Sementara kuliah-kuliah di surau dan masjid berjalan seperti biasa, dan setakat ini ‘belum’ diganggu.

Kecuali satu di Masjid Negeri, kuliah saya telah disingkirkan 5 bulan lalu.

%d bloggers like this: