Archive for 1 Mac 2009


CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Tarikh : 5 Mac 2009 (Khamis)

Masa : 8.30 – 11 malam

Tempat : Hotel Palace, Karamunsing KK

Penceramah :

YB Md Abdul Wahid Endut

(Ahli Parlimen Kuala Terengganu- PAS)

YB Dr Hiew King Cheu 

(Ahli Parlimen Kota Kinabalu – DAP)

Tuan Hj Ansari Abdullah

(Ahli MPT Parti KeADILan Rakyat, Sabah)

Tuan Hj Hamzah Abdullah

(Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah)

Baru-baru ini, saya berkuliah di satu tempat. Selesai kuliah, ada audien bertanya kenapa kita tidak sembelih ikan  sebelum memakannya, seperti ayam, kambing, lembu dan kerbau?

Allah SWT apabila menetapkan sesuatu syariat, merupakan suatu kebaikan kepada hambaNya. Syariat yang diturunkan melalui baginda SAW adalah satu kemudahan, dan bukan menyusahkan ummat.

Bayangkanlah betapa susahnya para nelayan, di tengah lautan terpaksa bersedia dengan parang dan pisau untuk menyembelih setiap ikan yang masuk ke dalam pukat. Alat itu pula mesti dipastikan tajam sentiasa untuk menyembelih beribu-ribu ikan.

Ikan yang ditangkap pula bukannya sedikit. Beratus dan beribu-ribu. Bagaimana pula jika hukum sembelih itu ke atas ikan bilis, tentunya sangat menyusahkan dan tidak praktikal. Jika ikan mati sebelum sempat disembelih, terpaksalah pula dibuang kerana sudah menjadi bangkai.

Demikianlah Allah menetapkan hukumNya sesuai dengan kemampuan manusia itu sendiri.

Nabi SAW ada menyatakan : “Air laut itu suci airnya, dan halal bangkainya (untuk dimakan tanpa sembelih)”.

%d bloggers like this: