Archive for Februari, 2009


Tajuk : Menjadi Muslim Unggul

Tarikh : 28 Februari 2009 (Sabtu)

Masa : 2 Petang

Tempat : Masjid an-Nur Pekan Tuaran

Penceramah : Hj Muhammad Nicholas Sylvester Abdullah

Pengisian : Ceramah dan soal jawab permasalahan muallaf

Anjuran : Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT)

Para saudara kita khususnya dan umat Islam umumnya dijemput hadir.

JUMPA LAGI KUALA TERENGGANU

p2210802Alhamdulillah, mesyuarat penyemakan al-Quran di Kuala Terengganu kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

p2210804Mesyuarat penutup dipimpin oleh Dato’ Shaikh Hj Mohammad Nor Mansur al-Hafiz selaku pengerusi lajnah. Beliau baru saja tiba pagi jumaat semalam.

Kelihatan pengarah JAI Perak yang baru ini begitu sibuk dan letih berikutan amanah yang semakin berat.

Beliau mengakui begitu sibuk untuk menyertai pelbagai mesyuarat, pertemuan dan persidangan.

Sebulan lebih memimpin JAIP, sudah ada yang perasan tubuh Dato’ Shaikh susut sedikit. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau.

Keseluruhannya pada mesyuarat kali ini lebih 1000 juzu’ disemak, dengan pembahagian purata 32 juzu’ bagi setiap ahli. Ia dimula disemak pada malam khamis dan berakhir malam tadi (jumaat malam sabtu). Sementara pagi ini keputusan dibuat pagi tadi.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud, KT
Lapangan Terbang Sultan Mahmud, KT

Mesyuarat berakhir sekitar jam 1.10 tengahari, dan sekitar jam 2 tadi kami berangkat meninggalkan Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Sebelum terlupa, bagi mereka yang hendak menginap di hotel ini, boleh berhubung dengan alamat dan nombor berikut :

Lot 004023, Jalan Sultan Zainal Abidin, Daerah 8, 20000 Kuala Terengganu,Terengganu. Telefon : 09-6251888.  Fax : 09-6251999. Emel :sales_reservation@ghihotels.com.my

Insya Allah ada rezeki, kami akan datang lagi.

Tepat 4.20 petang, pesawat berlepas meninggalkan bumi Tranungkite.

– KLIA. 6.05 minit

Pantai Terengganu yang indah

Pantai Terengganu yang indah

 

Stadium Sultan Mizan dari pandangan udara

Stadium Sultan Mizan dari pandangan udara

 

SEMAKAN AL-QURAN (3)

p2190730Hari yang meletihkan.

Hari ini semua baki bahan semakan diterima. Hari ini sahaja saya telah menyemak 13 juzu’. Ada lagi 6 juzu untuk diselesaikan malam ini.

Setelah itu, laporan mesti disediakan dan dihantar pagi esok sebelum dibincangkan keputusan.

p2190757Kesesakan itu menyebabkan saya dan kebanyakan ahli lajnah tidak dapat menyertai rancangan ke Pasar Payang petang ini.

Semuanya merasakan perlu menghabiskan semakan secepat mungkin. Selain ke Pasar Payang, ada juga rancangan ke Taman Tamadun Islam yang menempatkan Masjid Kristal itu.

Sebelum jumaat tadi, saya mencari ruang bertemu dengan seorang sahabat lama ketika di Mansoura Mesir dahulu.

Ust Md Hanafiah Sulung, anak Kg Rhu Rendang yang kini menabur khidmat di Maahad Darul Quran – yang sudah berusia 25 tahun – di Masjid Rusila.

Dia telah bersusah payah mengambil dan menghantar saya, meninggalkan kuliah pagi jumaat bersama Tuan Guru Hj Abd Hadi yang biasa diikutinya saban minggu untuk bertemu dengan sahabat lamanya ini.

Alhamdulillah, pada hari yang bersejarah ini, saya dapat berkunjung ke Masjid Rusila, menunaikan solat Jumaat di sini, sambil membeli sedikit buah tangan untuk dibawa balik esok.

Imam Besar Kedah, Negeri Sembilan & Imam Masjid Wilayah

Imam Besar Kedah, Negeri Sembilan & Imam Masjid Wilayah

Malam ini berlangsung majlis berkenaan di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. p2190815Seramai 35 ahli lajnah sesi lalu menerima sijil penghargaan daripada KDN.

Turut diraikan ialah dua mantan ahli lajnah sesi lalu yang tidak disambung khidmat mereka iaitu Ust Md Fadli Md Yusuf  dan Ust Wan Mohd Azman Abdullah, (gambar kanan) kedua-duanya dari Terengganu.

Selain itu, pihak KDN juga meraikan 5 warga KDN yang naik pangkat dan berpindah tempat bertugas.

p2190745Terdahulu dalam ucapannya, Setiausaha Bahagian Penerbitan dan Kawalan Teks al-Quran, Che Din Yusuf antara lain menjelaskan berkenaan keputusan terkini lembaga kawalan teks al-Quran tentang tatacara perlantikan ahli lajnah akan datang.

Antara keputusan mesyuarat ialah, selepas ini sistem ahli lajnah berdasarkan kouta negeri akan ditiadakan.

Ini bermakna ahli lajnah akan dinilai oleh KDN sendiri setiap dua tahun.

Mengikut format baru nanti, hanya seorang ahli lajnah setiap negeri berbanding dua sekarang, dan ahli lain akan dipilih daripada tenaga pensyarah daripada insitusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai kepakaran tentang ilmu al-Quran.

p2190735Che Din juga mengumumkan, sepanjang 2008, sebanyak 72 permohonan semakan al-Quran diterima dan diangkat ke Lembaga Kawalan Teks al-Quran.

Dijangkakan, lebih banyak permohonan akan diterima tahun ini.

Oleh itu, KDN berharap semua ahli lajnah dapat meningkatkan prestasi, kualiti dan integriti diri.

Zahid, ahli pantun KDN dari Johor

Zahid, ahli pantun KDN dari Johor

 

Dato' Solah & Ust Abd Rani

Dato' Solah & Ust Abd Rani

Ust Khairul Anwar Mohammad al-Bakri

Ust Khairul Anwar Mohammad al-Bakri

Maghrib tadi, ibu kepada sahabat kita saudara Azman Talib @ Bacho telah kembali ke rahmatullah.

Saya setakat ini telah menerima 3 sms berita keluarga ini. Sahabat-sahabat di sekitar Kota Kinabalu diharap dapat menziarahi Allahyarham dan Bacho sekeluarga di Bambangan Apartment, Inanam.

Semoga ibu beliau ditempatkan bersama arwah orang yang beriman. Kepada Bacho dan keluarga, agar dapat bersabar dan menerima musibah ini dengan redha. Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepadaNya kita kembali. Al-Fatihah.

 

Ust Azhari Othman memimpin mesyuarat
Ust Azhari Othman memimpin mesyuarat

Apabila bahan-bahan semakan diedar kepada semua ahli lajnah, maka sesi penyemakan al-Quran bermula. Ketika semakan ini berlangsung sepanjang hari, bermacam-macam gelagat diperhati.

p21907591Ada yang menyendiri di hadapan tingkap, ada yang duduk di lantai, ada yang menyemak berdiri, ada yang menyemak sambil berjalan – terutama bahan berbentuk digital dan telefon bimbit.

Yang penting amanah yang diberi beres dan kerja dilakukan menurut keselesaan bersama. 

Sekiranya terdapat kekeliruan sama ada untuk ditakrifkan sebagai kesalahan atau sebaliknya, perbincangan dan keputusan akan dibuat bersama.

Menyemak al-Quran memang memerlukan ketelitian dan tumpuan penuh.

Oleh itu, apabila badan dan otak terasa letih, kami berehat. Bersembang sebentar, sambil menikmati jamuan ringan. Bahkan ada yang melelapkan mata barang seketika. Apabila sudah segar semakan disambung kembali.

Imam Besar N.Sembilan dan Imam Besar Melaka (berkopiah)
Imam Besar N.Sembilan dan Imam Besar Melaka (berkopiah)

Setakat ini saya sudah menghabiskan semakan sebanyak 10 juzu’. Saya minta izin untuk berehat sebentar. Sebelum naik tadi, saya sempat mengambil beberapa gambar. Memang kebanyakan ahli lajnah mengetahui saya punya blog ini.

 

Seorang sahabat nampaknya sudah mulai berminat. Petang ini dia minta saya agar membuatkan blog untuknya. Katanya dia tak berpuas hati dengan saya. Heheh..

p2180736Mesyuarat kami bermula semalam. Hampir kesemua ahli mesyuarat seramai 35 orang itu hadir.

Hanya pengerusi kami, Dato’ Sheikh Md Noor Mansur – yang juga Pengarah JAIP hanya akan tiba lewat hari ini atau esok kerana ada mesyuarat bersama Dr Zamry MB BN di Perak.

Selain itu, imam besar Terengganu hadir semalam untuk salam perpisahan kerana menunaikan umrah. Beliau bertolak pagi ini menyertai rombongan MB Terengganu.

Sehingga lewat malam tadi, kami sudah menerima 9 juzu’ untuk disemak. Enam juzu’ mashaf, manakala 3 juzu’ al-Quran digital dalam telefon bimbit keluaran China.

Letih juga menyemak, tetapi sesekali sesama ahli mesyuarat tetap tidak lekang memperkatakan isu Perak, YB Eli dan terkini penggantungan DUN oleh Speaker terhadap MB dan exco baru.

Pernah saya katakan, drama sebenarnya baru bermula.

Imam Besar Perlis & Imam Besar Sabah

Imam Besar Perlis & Imam Besar Sabah

KUALA TERENGGANU PULA

p2180750Ketika ini, saya dan Ust Ibrahim baru tiba di KLIA dan menanti pesawat seterusnya ke Kuala Terengganu jam 2.50 petang, bagi menyertai mesyuarat tashih al-Quran Kementerian Dalam Negeri.

Dalam pesawat tadi, kami sepenerbangan dengan seorang banduan yang dibawa mungkin dari Penjara Kepayan. Ke mana tujunya, wallahu a’lam.

Di KLIA ini, semasa beralih menuju ke tempat menunggu ini, saya terserempak pula dengan ulama dan pendakwah tersohor, Dato’ Ust Hj Ismail Kamus. Nampaknya dia hendak ke Alor Setar.

Kenangan ketika beliau berkunjung ke Sabah 9 tahun lalu, kembali menerjah ingatan. Kebetulan saya diamanahkan menemani beliau bermalam di sebuah rumah ketika itu.

Saya juga berkesempatan menyertai jelajah ceramahnya sepanjang dua hari, rasanya dalam 6-7 ceramah. Hebatnya semua tajuk berlainan dan tidak berulang sama ada isi atau cerita lucunya.

Pagi isnin lepas, saya dipanggil oleh Timbalan Pengarah (TP) JHEAINS Tuan Hj Rumaling Epit. Sebenarnya saya sudah dihubungi awal oleh urusetia KDN tentang mesyuarat di Kuala Terengganu.

Kemudian, ketika dipanggil ke pejabat TP, hati saya berkata-kata, apa hal pula? Saya langsung tidak teringat soal mesyuarat di KT ni. Yang terbayang di kepala ialah, ke mana aku hendak dipindahkan? Heheh..

Mengadap beliau, berdebar juga rasa hati. Kemudian TP bercakap : “Ustaz, kamu pergi Kuala Terengganu, ada mesyuarat!”

Oh! Baru teringat. Sebenarnya surat fax daripada KDN itu sampai melalui mesin fax di pejabat bahagian kami, kemudian dihantar ke pejabat pengarah untuk diminitkan sebelum arahan dan kebenaran diberikan. Biasanya surat itu diserahkan kepada yang berkenaan melalui staf penghantar surat.

Lega rasa hati. Sebelum keluar, Hj Rumaling sempat mencelah : “Lepas tu, bolehlah kamu ke Perak!”

…..

p2180763Baru tiba di tempat penginapan di Kuala Terengganu. Hotel Grand Continental tempat kami bertemu kali ini.

Ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebentar tadi, kelihatan kelibat seseorang yang tidak pernah saya temui secara berdepan.

Tetapi wajahnya sangat dikenali, siapa yaa..?

Dia diiringi dua orang, menuju ke Proton Waja. Di tepi pintu hadapan tercetak lambang UiTM. Teringat satu bab dalam bukunya tenang dakwah kepada pemandu.

Mungkin tekaan saya betul, mungkin salah.  Saya hanya pernah menatap wajahnya di kaca tv dan gambar-gambar di dalam blognya.

Dr Md Kamil Ibrahim, penulis buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah, diakah itu?

p2170737Pihak Jawatankuasa Alumni SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah mengalu-alukan sumbangan ikhlas sahabat-sahabat khususnya alumni TPHR sendiri, alumni Universiti al-Azhar (Sabahan), serta seluruh umat Islam yang prihatin kepada mangsa kebakaran rumah pengawas asrama putera SMAI TPHR yang hangus terbakar pada tengahari selasa 17.02.2009.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun BIMB Ust Hj Safri Bakar 100 160 204 297 25 atau akaun BIMB Ust Hj Auzani Daud  100 160 204 570 49.

Sekiranya saudara berada di sekitar Kota Kinabalu, dialu-alukan juga hadir sendiri ke asrama berkenaan dan menghubungi Ust Hj Safri 016-5824304 atau Ust Hj Auzani 013-8848452.

Semoga Allah membalas budi baik yang dihulurkan dengan pahala dan ganjaran syurgaNya.

– Persatuan Alumni SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah, Kota Kinabalu.

p2170736Malam ini di Kota Kinabalu, beberapa alumni SMAI Toh Puan Hjh Rahmah dan alumni Universiti al-Azhar Sabahan akan bertemu.

p2170738Objektifnya untuk memutuskan bentuk bantuan dan kaedah-kaedahnya bagi meringankan sahabat kami yang menjadi mangsa kebakaran siang tadi.

Petang tadi, saya sempat menziarahi asrama SMAI Toh Puan Hjh Rahmah khususnya rumah pengawas.

Ia adalah sebuah rumah kayu 2 pintu yang telah meninggalkan kenangan suka duka buat kami semua selaku bekas pelajar dan penghuni asrama.

Di rumah itulah Ust Wan Sulaiman, Ust Mustafa Abd Majid, Cikgu Samin Ongki, Ust Hamdani Omar, Ust Ali Aero, Ust Adam Abd Hai, Ust Sufian Amran, Ust Sahudin Ajmain, Ust Asman Md Ali dan lain-lain pernah tinggal dan mencari penghidupan selaku pengawas asrama.

p2170743Bahkan sejak dibina sekitar tahun 1974, dahulunya ia adalah bangunan asrama puteri dan guru pengawasnya dikhabarkan ketika itu ialah (Datin) Ustazah Hjh Siti Ajie.

Ketika itu asrama putera ditempatkan di bangunan blok C SMAI Toh Puan Hjh Rahmah – yang sekarang menjadi Madrasah Masjid Negeri.

Sumber memberitahu, pekerja dapur yang menyedari api mulai marak di rumah berkenaan lalu menghubungi guru di sekolah. Jarak asrama putera dan sekolah sekitar 150 meter.

Ketika kebakaran berlaku, Ust Jumardi @ TJ sedang tidur kerana kurang sihat.

Dengan takdir Allah, mujur seorang sahabat balik ketika kebakaran bermula dan membangunkan TJ supaya menyelamatkan diri.

Rumah itu kini dihuni oleh Ust Safri, Ust Auzani dan Johari serta beberapa sahabat lain yang turut menumpang. 

p2170752Ketika saya datang sekitar jam 4 petang, mereka sedang berada di IPD Kota Kinabalu di Karamunsing, memberikan keterangan kepada pihak polis.

Maklumatnya, punca kebakaran mungkin disebabkan oleh litar pintas. Kebakaran ini menyebabkan ketiga-tiga penghuni tinggal sehelai sepinggang.

p2170758Paling menyedihkan, beratus-ratus kitab-kitab agama berbahasa Arab yang dibawa balik dari Mesir – yang tidak ternilai harganya – musnah dijilat api.

Insya Allah malam ini di Restoran Sri Rohayu, keputusan akan dibuat.

Buat permulaan, sementara menunggu gaji hujung bulan ini, berilah sahabat kami ini bantuan asas seperti pakaian, makanan dan bantuan kewangan.

Sementara belum diperincikan, yang ingin menyumbang boleh memberi respon ke dalam blog ini.

p2170757

%d bloggers like this: