p1300757Pada hujung solat setelah kita membaca tasyahhud akhir, kita akan memberi salam menandakan solat akan berakhir.

Salam adalah rukun solat yang terakhir. Solat tidak sah tanpa salam. Dalam Mazhab Syafii, salam pertama adalah wajib sementara yang kedua hukumnya sunnat. Sementara Mazhab Hambali mengatakan kedua-dua salam adalah fardhu.

Ketika mengucapkan salam, sunat kita menoleh ke kanan untuk salam pertama dan menoleh ke kiri untuk salam kedua. Perlu diketahui, tolehan yang terbaik ialah apabila terlihat pipinya dari arah belakang.

Seorang sahabat, namanya Amir bin Said menjelaskan hadith daripada bapanya :

“Aku melihat Nabi SAW mengucapkan salam sambil menoleh ke sebelah kanan dan kiri sehingga kelihatan pipinya yang putih”. (HR Ahmad, Muslim dan lain-lain)

Tetapi kebanyakan kita terlalu ‘kedekut’ menoleh, iaitu dengan hanya menggerakkan sedikit kepalanya ke kiri dan ke kanan. Dengan hadith berkenaan, demikianlah sunnah mengajar kita melakukan tolehan sempurna.

Advertisements