Pada hujung April 2009, akan diadakan majlis menghafaz kebangsaan. Kali ini Negeri Kelantan dijangka menjadi tuan rumah.

Seperti biasa, Sabah juga turut menghantar wakilnya. Untuk kali ini, satu saringan akan diadakan pada 12 Mac 2009 bermula 8 pagi di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah, Kepayan.

Dalam majlis menghafaz ini terdapat 3 tahap.

Tahap 1 (1-5 juzu’) terbuka kepada mereka yang berumur 13 hingga 21 tahun, tahap 2 (1-15 juzu’) berumur antara 14 hingga 25 tahun dan tahap 3 (1-30 juzu’) berumur 15 hingga 35 tahun sahaja.

Syarat penyertaan yang lain ialah peserta terdiri daripada warganegara Malaysia, beragama Islam lelaki dan perempuan mengikut tahap umur yang telah ditetapkan tadi.

Bagi kategori tahap 3, selain diuji dengan hafazan 1-30 juzu’, peserta juga akan ditanya berkenaan tafsir juzu’ 4.

Bentuk soalannya adalah seperti menterjemahkan ayat al-Quran ke dalam bahasa Melayu, pengertian mufradat kalimah atau nas al-Quran (jawapan dalam bahasa Arab) dan mendatangkan ayat a-Quran berdasarkan terjemahan yang dibaca oleh hakim.

Peserta boleh merujuk kitab Tafsir Pimpinan ar-Rahman, Tafsir Jalalain dan Kalimat al-Quran Tafsir wa Bayan (Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf).

Mereka yang berminat dan berkelayakan dipelawa menyertai saringan berkenaan dengan mengambil borang di Pejabat Pentadbiran Maahad Tahfiz, Jalan Bunga Raya, Kepayan. (088-317072) atau Ustazah Dg Masni (013-5439544).

Advertisements