p2190730Hari yang meletihkan.

Hari ini semua baki bahan semakan diterima. Hari ini sahaja saya telah menyemak 13 juzu’. Ada lagi 6 juzu untuk diselesaikan malam ini.

Setelah itu, laporan mesti disediakan dan dihantar pagi esok sebelum dibincangkan keputusan.

p2190757Kesesakan itu menyebabkan saya dan kebanyakan ahli lajnah tidak dapat menyertai rancangan ke Pasar Payang petang ini.

Semuanya merasakan perlu menghabiskan semakan secepat mungkin. Selain ke Pasar Payang, ada juga rancangan ke Taman Tamadun Islam yang menempatkan Masjid Kristal itu.

Sebelum jumaat tadi, saya mencari ruang bertemu dengan seorang sahabat lama ketika di Mansoura Mesir dahulu.

Ust Md Hanafiah Sulung, anak Kg Rhu Rendang yang kini menabur khidmat di Maahad Darul Quran – yang sudah berusia 25 tahun – di Masjid Rusila.

Dia telah bersusah payah mengambil dan menghantar saya, meninggalkan kuliah pagi jumaat bersama Tuan Guru Hj Abd Hadi yang biasa diikutinya saban minggu untuk bertemu dengan sahabat lamanya ini.

Alhamdulillah, pada hari yang bersejarah ini, saya dapat berkunjung ke Masjid Rusila, menunaikan solat Jumaat di sini, sambil membeli sedikit buah tangan untuk dibawa balik esok.

Advertisements