Archive for 19 Februari 2009


Imam Besar Kedah, Negeri Sembilan & Imam Masjid Wilayah

Imam Besar Kedah, Negeri Sembilan & Imam Masjid Wilayah

Malam ini berlangsung majlis berkenaan di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. p2190815Seramai 35 ahli lajnah sesi lalu menerima sijil penghargaan daripada KDN.

Turut diraikan ialah dua mantan ahli lajnah sesi lalu yang tidak disambung khidmat mereka iaitu Ust Md Fadli Md Yusuf  dan Ust Wan Mohd Azman Abdullah, (gambar kanan) kedua-duanya dari Terengganu.

Selain itu, pihak KDN juga meraikan 5 warga KDN yang naik pangkat dan berpindah tempat bertugas.

p2190745Terdahulu dalam ucapannya, Setiausaha Bahagian Penerbitan dan Kawalan Teks al-Quran, Che Din Yusuf antara lain menjelaskan berkenaan keputusan terkini lembaga kawalan teks al-Quran tentang tatacara perlantikan ahli lajnah akan datang.

Antara keputusan mesyuarat ialah, selepas ini sistem ahli lajnah berdasarkan kouta negeri akan ditiadakan.

Ini bermakna ahli lajnah akan dinilai oleh KDN sendiri setiap dua tahun.

Mengikut format baru nanti, hanya seorang ahli lajnah setiap negeri berbanding dua sekarang, dan ahli lain akan dipilih daripada tenaga pensyarah daripada insitusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai kepakaran tentang ilmu al-Quran.

p2190735Che Din juga mengumumkan, sepanjang 2008, sebanyak 72 permohonan semakan al-Quran diterima dan diangkat ke Lembaga Kawalan Teks al-Quran.

Dijangkakan, lebih banyak permohonan akan diterima tahun ini.

Oleh itu, KDN berharap semua ahli lajnah dapat meningkatkan prestasi, kualiti dan integriti diri.

Zahid, ahli pantun KDN dari Johor

Zahid, ahli pantun KDN dari Johor

 

Dato' Solah & Ust Abd Rani

Dato' Solah & Ust Abd Rani

Ust Khairul Anwar Mohammad al-Bakri

Ust Khairul Anwar Mohammad al-Bakri

Advertisements

Maghrib tadi, ibu kepada sahabat kita saudara Azman Talib @ Bacho telah kembali ke rahmatullah.

Saya setakat ini telah menerima 3 sms berita keluarga ini. Sahabat-sahabat di sekitar Kota Kinabalu diharap dapat menziarahi Allahyarham dan Bacho sekeluarga di Bambangan Apartment, Inanam.

Semoga ibu beliau ditempatkan bersama arwah orang yang beriman. Kepada Bacho dan keluarga, agar dapat bersabar dan menerima musibah ini dengan redha. Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepadaNya kita kembali. Al-Fatihah.

 

Ust Azhari Othman memimpin mesyuarat
Ust Azhari Othman memimpin mesyuarat

Apabila bahan-bahan semakan diedar kepada semua ahli lajnah, maka sesi penyemakan al-Quran bermula. Ketika semakan ini berlangsung sepanjang hari, bermacam-macam gelagat diperhati.

p21907591Ada yang menyendiri di hadapan tingkap, ada yang duduk di lantai, ada yang menyemak berdiri, ada yang menyemak sambil berjalan – terutama bahan berbentuk digital dan telefon bimbit.

Yang penting amanah yang diberi beres dan kerja dilakukan menurut keselesaan bersama. 

Sekiranya terdapat kekeliruan sama ada untuk ditakrifkan sebagai kesalahan atau sebaliknya, perbincangan dan keputusan akan dibuat bersama.

Menyemak al-Quran memang memerlukan ketelitian dan tumpuan penuh.

Oleh itu, apabila badan dan otak terasa letih, kami berehat. Bersembang sebentar, sambil menikmati jamuan ringan. Bahkan ada yang melelapkan mata barang seketika. Apabila sudah segar semakan disambung kembali.

Imam Besar N.Sembilan dan Imam Besar Melaka (berkopiah)
Imam Besar N.Sembilan dan Imam Besar Melaka (berkopiah)

Setakat ini saya sudah menghabiskan semakan sebanyak 10 juzu’. Saya minta izin untuk berehat sebentar. Sebelum naik tadi, saya sempat mengambil beberapa gambar. Memang kebanyakan ahli lajnah mengetahui saya punya blog ini.

 

Seorang sahabat nampaknya sudah mulai berminat. Petang ini dia minta saya agar membuatkan blog untuknya. Katanya dia tak berpuas hati dengan saya. Heheh..

p2180736Mesyuarat kami bermula semalam. Hampir kesemua ahli mesyuarat seramai 35 orang itu hadir.

Hanya pengerusi kami, Dato’ Sheikh Md Noor Mansur – yang juga Pengarah JAIP hanya akan tiba lewat hari ini atau esok kerana ada mesyuarat bersama Dr Zamry MB BN di Perak.

Selain itu, imam besar Terengganu hadir semalam untuk salam perpisahan kerana menunaikan umrah. Beliau bertolak pagi ini menyertai rombongan MB Terengganu.

Sehingga lewat malam tadi, kami sudah menerima 9 juzu’ untuk disemak. Enam juzu’ mashaf, manakala 3 juzu’ al-Quran digital dalam telefon bimbit keluaran China.

Letih juga menyemak, tetapi sesekali sesama ahli mesyuarat tetap tidak lekang memperkatakan isu Perak, YB Eli dan terkini penggantungan DUN oleh Speaker terhadap MB dan exco baru.

Pernah saya katakan, drama sebenarnya baru bermula.

Imam Besar Perlis & Imam Besar Sabah

Imam Besar Perlis & Imam Besar Sabah

%d bloggers like this: