Archive for 18 Februari 2009


KUALA TERENGGANU PULA

p2180750Ketika ini, saya dan Ust Ibrahim baru tiba di KLIA dan menanti pesawat seterusnya ke Kuala Terengganu jam 2.50 petang, bagi menyertai mesyuarat tashih al-Quran Kementerian Dalam Negeri.

Dalam pesawat tadi, kami sepenerbangan dengan seorang banduan yang dibawa mungkin dari Penjara Kepayan. Ke mana tujunya, wallahu a’lam.

Di KLIA ini, semasa beralih menuju ke tempat menunggu ini, saya terserempak pula dengan ulama dan pendakwah tersohor, Dato’ Ust Hj Ismail Kamus. Nampaknya dia hendak ke Alor Setar.

Kenangan ketika beliau berkunjung ke Sabah 9 tahun lalu, kembali menerjah ingatan. Kebetulan saya diamanahkan menemani beliau bermalam di sebuah rumah ketika itu.

Saya juga berkesempatan menyertai jelajah ceramahnya sepanjang dua hari, rasanya dalam 6-7 ceramah. Hebatnya semua tajuk berlainan dan tidak berulang sama ada isi atau cerita lucunya.

Pagi isnin lepas, saya dipanggil oleh Timbalan Pengarah (TP) JHEAINS Tuan Hj Rumaling Epit. Sebenarnya saya sudah dihubungi awal oleh urusetia KDN tentang mesyuarat di Kuala Terengganu.

Kemudian, ketika dipanggil ke pejabat TP, hati saya berkata-kata, apa hal pula? Saya langsung tidak teringat soal mesyuarat di KT ni. Yang terbayang di kepala ialah, ke mana aku hendak dipindahkan? Heheh..

Mengadap beliau, berdebar juga rasa hati. Kemudian TP bercakap : “Ustaz, kamu pergi Kuala Terengganu, ada mesyuarat!”

Oh! Baru teringat. Sebenarnya surat fax daripada KDN itu sampai melalui mesin fax di pejabat bahagian kami, kemudian dihantar ke pejabat pengarah untuk diminitkan sebelum arahan dan kebenaran diberikan. Biasanya surat itu diserahkan kepada yang berkenaan melalui staf penghantar surat.

Lega rasa hati. Sebelum keluar, Hj Rumaling sempat mencelah : “Lepas tu, bolehlah kamu ke Perak!”

…..

p2180763Baru tiba di tempat penginapan di Kuala Terengganu. Hotel Grand Continental tempat kami bertemu kali ini.

Ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebentar tadi, kelihatan kelibat seseorang yang tidak pernah saya temui secara berdepan.

Tetapi wajahnya sangat dikenali, siapa yaa..?

Dia diiringi dua orang, menuju ke Proton Waja. Di tepi pintu hadapan tercetak lambang UiTM. Teringat satu bab dalam bukunya tenang dakwah kepada pemandu.

Mungkin tekaan saya betul, mungkin salah.  Saya hanya pernah menatap wajahnya di kaca tv dan gambar-gambar di dalam blognya.

Dr Md Kamil Ibrahim, penulis buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah, diakah itu?

Advertisements

p2170737Pihak Jawatankuasa Alumni SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah mengalu-alukan sumbangan ikhlas sahabat-sahabat khususnya alumni TPHR sendiri, alumni Universiti al-Azhar (Sabahan), serta seluruh umat Islam yang prihatin kepada mangsa kebakaran rumah pengawas asrama putera SMAI TPHR yang hangus terbakar pada tengahari selasa 17.02.2009.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun BIMB Ust Hj Safri Bakar 100 160 204 297 25 atau akaun BIMB Ust Hj Auzani Daud  100 160 204 570 49.

Sekiranya saudara berada di sekitar Kota Kinabalu, dialu-alukan juga hadir sendiri ke asrama berkenaan dan menghubungi Ust Hj Safri 016-5824304 atau Ust Hj Auzani 013-8848452.

Semoga Allah membalas budi baik yang dihulurkan dengan pahala dan ganjaran syurgaNya.

– Persatuan Alumni SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah, Kota Kinabalu.

%d bloggers like this: