Archive for 17 Februari 2009


p2170736Malam ini di Kota Kinabalu, beberapa alumni SMAI Toh Puan Hjh Rahmah dan alumni Universiti al-Azhar Sabahan akan bertemu.

p2170738Objektifnya untuk memutuskan bentuk bantuan dan kaedah-kaedahnya bagi meringankan sahabat kami yang menjadi mangsa kebakaran siang tadi.

Petang tadi, saya sempat menziarahi asrama SMAI Toh Puan Hjh Rahmah khususnya rumah pengawas.

Ia adalah sebuah rumah kayu 2 pintu yang telah meninggalkan kenangan suka duka buat kami semua selaku bekas pelajar dan penghuni asrama.

Di rumah itulah Ust Wan Sulaiman, Ust Mustafa Abd Majid, Cikgu Samin Ongki, Ust Hamdani Omar, Ust Ali Aero, Ust Adam Abd Hai, Ust Sufian Amran, Ust Sahudin Ajmain, Ust Asman Md Ali dan lain-lain pernah tinggal dan mencari penghidupan selaku pengawas asrama.

p2170743Bahkan sejak dibina sekitar tahun 1974, dahulunya ia adalah bangunan asrama puteri dan guru pengawasnya dikhabarkan ketika itu ialah (Datin) Ustazah Hjh Siti Ajie.

Ketika itu asrama putera ditempatkan di bangunan blok C SMAI Toh Puan Hjh Rahmah – yang sekarang menjadi Madrasah Masjid Negeri.

Sumber memberitahu, pekerja dapur yang menyedari api mulai marak di rumah berkenaan lalu menghubungi guru di sekolah. Jarak asrama putera dan sekolah sekitar 150 meter.

Ketika kebakaran berlaku, Ust Jumardi @ TJ sedang tidur kerana kurang sihat.

Dengan takdir Allah, mujur seorang sahabat balik ketika kebakaran bermula dan membangunkan TJ supaya menyelamatkan diri.

Rumah itu kini dihuni oleh Ust Safri, Ust Auzani dan Johari serta beberapa sahabat lain yang turut menumpang. 

p2170752Ketika saya datang sekitar jam 4 petang, mereka sedang berada di IPD Kota Kinabalu di Karamunsing, memberikan keterangan kepada pihak polis.

Maklumatnya, punca kebakaran mungkin disebabkan oleh litar pintas. Kebakaran ini menyebabkan ketiga-tiga penghuni tinggal sehelai sepinggang.

p2170758Paling menyedihkan, beratus-ratus kitab-kitab agama berbahasa Arab yang dibawa balik dari Mesir – yang tidak ternilai harganya – musnah dijilat api.

Insya Allah malam ini di Restoran Sri Rohayu, keputusan akan dibuat.

Buat permulaan, sementara menunggu gaji hujung bulan ini, berilah sahabat kami ini bantuan asas seperti pakaian, makanan dan bantuan kewangan.

Sementara belum diperincikan, yang ingin menyumbang boleh memberi respon ke dalam blog ini.

p2170757

Advertisements

Sekitar 11.50 pagi sebentar tadi, kami dikejutkan dengan berita kebakaran di Sembulan.

Dari tingkat 9 Wisma MUIS, kami memerhatikan rupa-rupanya rumah pengawas asrama putera SMAI TPHR dijilat api. Rumah pengawas asrama berkenaan kini dihuni oleh sahabat saya Ust Hj Safri Bakar bersama beberapa temannya.

Mujur balai bomba yang hanya berjiran dengan asrama bertindak pantas mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan sebelah yang merupakan bilik-bilik pelajar.

Sementara itu kami dapat memerhatikan para pelajar sekolah khususnya lelaki berlari dan bergegas pulang ke asrama bagi menyaksikan kejadian malang itu.

Setakat berita ini ditulis pada 12.15 tengahari, api semakin reda dan pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian serta nilai kerugian.

Pegawai kanan JHEAINS diketuai Pengarah, timbalan dan semua Ketua Penolong Pengarah tidak mengetahui kejadian ini kerana baru saja berlepas ke ibu negara bagi membuat lawatan ke Negeri Sembilan dan Selangor jam 10 pagi tadi.

11.58 pagi

11.58 pagi

 

12.00 tengahari

12.00 tengahari

12.08 tengahari

12.08 tengahari

12.12 tengahari

12.12 tengahari

Malam-malam, atau waktu siang, di dalam bilik tidur, ada orang tidur tanpa baju. Kemudian datang seseorang mengambil gambar tanpa izin empunya badan. Gambar itu disebarkan ke merata tempat, bahawa si fulan atau si fulanah tidur dengan aurat terbuka, dengan bahasa kasarnya separuh bogel.

Orang yang di dalam gambar itu dimaki hamun dan diherdik oleh orang ramai kerana tidak berbaju di dalam bilik tidurnya. Habis.

Saudara, bukankah di dalam Islam diajar kepada anak-anak sekalipun tidak boleh masuk ke dalam bilik ibu bapa melainkan setelah izinnya? Antara tujuannya ialah untuk menutup aib kedua orang tua, khususnya pada 3 waktu yang kebiasaanya mereka membuka aurat.

Jelasnya, boleh baca dalam al-Quran, surah an-Nur. Semak terjemahan dan huraiannya. Kaitannya ialah, YB Eli buka baju dalam bilik, bukan di khalayak ramai. Saya tertarik ulasan mudah oleh YB Khalid Samad di dalam blognya :

Maka buat masa ini, tidak perlu kita membuat andaian-andaian yang tidak mampu kita buktikan. Apa yang penting ialah kita akui YB Eli merupakan mangsa dan tindakan pihak yang mengambil gambar-gambar tersebut perlu dikutuk. Ianya merupakan tindakan yang mencabuli hak ‘privacy’ YB Eli di rumah beliau sendiri dan tindakan mengendap dan mengintip seseorang demi mencari dan seterusnya mendedah kelemahan seseorang adalah jelas dikutuk oleh Islam.

Ada pula yang mencadangkan, tidakkah sepatutnya YB Eli meletak jawatan? Saya ingin bertanya kembali, mengapa? Apakah kesalahannya? Adakah tidur tanpa baju di bilik tidur sendiri satu kesalahan? Sejak bila? Ianya mungkin amalan yang pelik bagi sesetengah golongan, tetapi ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Lainlah kalau berbogel dikhalayak ramai.

Ada yang menambah dan mengatakan ini bukti kurangnya moral kerana pasti YB Eli mempunyai hubungan seks dengan orang yang mengambil gambarnya. Itu sekali lagi andaian dan sekiranya YB Eli seorang Islam, nak dituduh zina sebegitu, pihak penuduh perlu membawa 4 orang saksi. Kalu tiada, diam! Andaian-andaian tak main. Boleh jatuh kazaf. (Lihat http://www.khalidsamad.com/2009/02/kes-yb-elizabeth-wong.html )

Hendak menjatuhkan seseorang, sang musuh sanggup melakukan apa saja. Bawa saja telefon bimbit berkamera. Ada orang buang air dalam bilik pun dia gambar. Orang tidur dalam bilik digambar.

Wahai orang politik, lepas ni buang air @ berak dan kencing lebih baik pakai lampin. Penuh saja, buka dan buang. Berhati-hatilah apabila masuk tandas. Awas-awas nanti ada orang mengambil gambar di balik dinding.

p1210083Sejak 2-3 minggu kebelakangan, Majlis Gabungan NGO Islam telah menyusun semula program ziarah hospital yang agak perlahan kebelakangan ini. Pertemuan telah dibuat, dan keputusan disepakati bersama, kumpulan-kumpulan ziarah dibahagi kepada beberapa kumpulan yang melibatkan NGO dan masjid-masjid.

Jadi selepas ini, setiap minggu akan ada saja yang berziarah antara 4.00-6.00 petang setiap ahad di HQE secara bergilir-gilir. Jika ada NGO, JK Masjid atau badan-badan tertentu yang belum terlibat dan berminat untuk menyertai aktiviti ini bolehlah menghubungi Che’gu Jamil dari P.U.M. selaku penyelaras (013-8517282).

Ahad lepas, giliran kumpulan 3 berziarah. Ia melibatkan ABIM, PUM dan Masjid Jamek Kg Likas.

Alhamdulillah, rasanya lebih 20 orang menyertai ziarah kali ini yang kebanyakkannya aktivis-aktivis baru. Tumpang seronok melihat anak-anak muda turun khusus daripada ABIM. Mudah-mudahan mereka istiqamah dan konsisten dalam program ini.

Kelihatannya, bangunan utama HQE ditutup, bangunan wad lain begitu sesak dengan pesakit. Katil-katil tambahan diletak di ruang tengah setiap wad.

Antara yang sempat diziarahi ialah Tuan Hj Houtman Salman yang merupakan jamaah Masjid Jamek Kg Likas dan Masjid Bandaraya. Beliau berumur 74 tahun, menurut keterangan isterinya Hjh Libya sakitnya berpunca daripada kuman yang masuk ke dalam otaknya.

Beliau telah dimasukkan 16 hari lalu, asalnya dalam keadaan sedar. Dalam tempoh 3 hari pertama beliau sangat konsisten menunaikan solat menurut kemampuannya. Hari keempat beliau koma sehinggalah pada hari kami berziarah.

p2150733Ketika kami berada di sisinya itu, kami didatangi seorang pendakwah lama yang telah berpindah ke Johor beberapa tahun lalu.

Ust Hj Mustakim Md Noor, bekas pegawai agama istana negeri Sabah yang sempat bertugas dengan Tun Said Keruak dan Tun Sakaran Dandai kebetulan berada di Kota Kinabalu dan Kota Belud atas urusan keluarga.

Maklumat terkini yang sampai ke telefon bimbit pagi ini, Tuan Hj Houtman telah kembali ke rahmatullah pada 11 malam tadi.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Bandaraya hari ini setelah urusan pentadbiran hospital selesai. al-Fatihah.

%d bloggers like this: