Nampaknya kemaruk memelihara ayam semakin menjadi-jadi.
Setakat ini di tepi rumah, ada dua ekor serama, 7 ekor ayam daging, 10 ekor ayam telur dan 10 ekor ayam kambing (ayam karan). Tu lain lagi dengan 10 ekor arnab yang comel dan cute-cute belaka. Ada 3 ekor jantan dan 6 ekor betina.
Tengahari semalam, sempat lagi ke Jalan Gaya, membeli 10 ekor ayam daging. Lima ekor ayam daging putih dan 5 ekor lagi ayam daging kuning. Yang berminat untuk pelihara kecil-kecilan, boleh tengok gambar ni. Gerai yang jual ayam, itik, dan puyuh ini letaknya di hadapan Hong Leong Bank, Jalan Gaya.
Panjang umur, mulai hujung bulan ni, bolehlah sembelih ayam-ayam yang sudah senior itu. Ayam karan boleh disembelih ketika umurnya 45 hari ke atas. Maknanya sudah cukup mantap. Manakala yang lain sekitar 3 bulan.
Sahabat-sahabat, nanti ku menjemputmu suatu hari untuk makan bersama terutama yang amilin bujangan di pejabat Likas sana.
Salam ziarah ustaz..
alhamdulillah, kami berlapang dada menunggu pelawaan ustaz..
Kalau nk mntk tlg urus pun takde mslh..tp ayam jela..arnab, msh blum smpi hati!
p/s ; menawan template bru 🙂
salam.. kat mana kedai jual ayam nie..?? try sms saya 017553551.. nak beli bela tepi rumah laa..
salam.. kat mana kedai jual ayam nie..?? tlg sms saya 0165866569
saya pun nk oder anak ayam daging/angsa….wassap 0125723105
Call sy, memerlukan ayam, 0173277336