Archive for 16 Februari 2009


KAHWIN JUGA IBRAHIM YONG

Majlis pernikahan sdr Ibrahim Yong, 41 tahun dan isteri Rabiah Kennedy, 24 tahun telahpun berlangsung 19 Disember 2008, ketika saya bersiap pulang bercuti ke Labuan.

Pernikahan mereka berlangsung di dewan utama Masjid Bandaraya (MBR), tempat Sdr Ibrahim mencurah bakti sejak ia diimarahkan 10 tahun lalu.

p2150825Semalam berlangsung pula majlis kenduri kesyukuran sempena perkahwinan mereka di Dewan al-Mubarak MBR. Sejak awal lagi, ramai ahli keluarga, sahabat handai serta kenalan daripada kedua-dua pihak hadir sehingga majlis berakhir lewat jam 2 petang.

p2150818Lebih mengharukan, kehadiran ahli keluarga dan sanak saudara Ibrahim sendiri tentu menjadi ingatan dan kenangannya pada hari bersejarah ini.

Majlis jamuan perkahwinan semalam dihoskan oleh Persatuan Kebajikan Saudara Kita Kota Kinabalu (SAHABAT) yang menjadi tempat bernaungnya Sdr Ibrahim selaku ahli persatuan saudara baru.

Ibrahim yang berbangsa cina kantonis, berasal dari Sandakan dan telah memeluk Islam pada 03 April 1998 di JHEAINS Kota Belud.

Sejak MBR dibuka pada akhir 1999 dan dirasmikan pada Februari 2000, Sdr Ibrahim telahpun berkhidmat di sana menjaga keselamatan dan kebersihannya. Kehadirannya di sana membuatkan jamaah tetap MBR merasa kebersamaan Ibrahim dan MBR.

Bahkan seingat saya, Ibrahim pernah dibawa menunaikan umrah secara percuma oleh seorang ahli korporat yang juga jamaah MBR kerana mengenangkan jasa bakti dan budi baiknya menjaga MBR.

Diakui ramai jamaah, Ibrahim adalah seorang yang sentiasa tenang dan bersahaja, serta banyak membantu keperluan mereka.

Kini Ibrahim tidak lagi bertugas sebagai pekerja MBR, tetapi membuka dan menguruskan mini market di pintu hadapan MBR.

p2150819Sementara SAHABAT yang dipimpin oleh Sdr Abu Bakar Ongkosing bersama-sama dengan seluruh JKnya telah bersungguh-sungguh menjayakan majlis semalam dengan jayanya.

Ini berikutan kehadiran ramai saudara baru, para guru yang mengajar mereka dan pegawai-pegawai JHEAINS sendiri.

SAHABAT juga menyediakan satu kaunter dan bahan pameran aktiviti mereka sejak beberapa tahun lalu.

Sementara isterinya, Cikgu Rabiah yang berasal dari Kota Kinabalu adalah guru pra-sekolah di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Taman Union Putatan.

Sebelum ini Rabiah ditempatkan di PASTI Taman Lok Kawi Sabindo.

p2150811Di pihak keluarga Rabiah pula, ramai jemputan mereka hadir termasuk sanak saudara dan rakan-rakan sekerja Rabiah yang bertugas selaku guru PASTI di sekitar Pantai Barat Selatan.

Untuk maklumat, terdapat kira-kira 15 rangkaian PASTI dari Beaufort hingga ke Kudat.

Turut hadir ialah semua AJK PASTI Kota Kinabalu dan Pantai Barat memeriahkan majlis berkenaan.

Jadi penyatuan Ibrahim dan Rabiah turut menemu dan menyatukan SAHABAT dan PASTI dalam satu majlis yang meriah dan barakah.

Sebahagian gambar saya petik dari tayangan slide di Dewan al-Mubarak. Harap diizinkan.

Selamat Pengantin Baru Ibrahim Yong Abdullah dan Puan Rabiah Kennedy.

Nampaknya kemaruk memelihara ayam semakin menjadi-jadi.

Setakat ini di tepi rumah, ada dua ekor serama, 7 ekor ayam daging, 10 ekor ayam telur dan 10 ekor ayam kambing (ayam karan). Tu lain lagi dengan 10 ekor arnab yang comel dan cute-cute belaka. Ada 3 ekor jantan dan 6 ekor betina.

Tengahari semalam, sempat lagi ke Jalan Gaya, membeli 10 ekor ayam daging. Lima ekor ayam daging putih dan 5 ekor lagi ayam daging kuning. Yang berminat untuk pelihara kecil-kecilan, boleh tengok gambar ni. Gerai yang jual ayam, itik, dan puyuh ini letaknya di hadapan Hong Leong Bank, Jalan Gaya.

Panjang umur, mulai hujung bulan ni, bolehlah sembelih ayam-ayam yang sudah senior itu. Ayam karan boleh disembelih ketika umurnya 45 hari ke atas. Maknanya sudah cukup mantap. Manakala yang lain sekitar 3 bulan.

Sahabat-sahabat, nanti ku menjemputmu suatu hari untuk makan bersama terutama yang amilin bujangan di pejabat Likas sana.

Sekitar 11.30 pagi ahad semalam, saya menghadiri satu jemputan perkahwinan di Kg Kabang Papar. Kampung ini berada di laluan jalan lama KK-Papar.

p2150777Jemputan saya terima daripada seorang jamaah di Surau Taman Limauan, Ust Ibrahim Katibe yang merupakan bapa kepada pengantin lelaki. Majlis dibuat di rumah pengantin perempuan.

Pemerhatian saya, di kampung ini majoritinya beragama Islam khusus suku Bajau dan Brunei.

Tidak ada masjid untuk solat Jumaat melainkan sebuah surau kecil. Untuk solat Jumaat mereka terpaksa keluar kampung dan berjumaat di tempat lain.

Masjid terdekat ialah di Masjid Kg Benoni Papar, yang jauhnya tidak kurang 8-9km. Ini memandangkan dari lokasi perkahwinan hingga ke jalan utama KK-Papar itu saja memakan 3km. (Ada lagi rumah yang lebih jauh ke dalam).

Pengantin lelaki dan perempuan khabarnya baru sahaja bersama-sama menamatkan pengajian di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang letaknya di Kinarut. Untuk mengelakkan fitnah di belakang hari, eloklah mereka disatukan. Cuma selepas ini pengantin lelaki kenalah berusaha lebih keras dan rajin kerana sudah punya tanggungjawab.

p2150773Sungguhpun kampung ini sedikit terpencil, budaya berkaraoke ketika majlis perkahwinan amat membingitkan telinga sehingga mengganggu orang yang hendak berbual.

Sedihnya budaya berkaraoke ini sudah menjadi gaya hidup dan dikuasai oleh orang-orang dewasa termasuklah kaum ibu yang bertudung. Tak terlawan anak-anak muda.

Saya mencadangkan sahabat-sahabat di Papar ambil maklum hal ini dan cubalah berbuat sesuatu untuk masuk dan membantu mengimarahkan surau bagi memberi kefahaman Islam yang sebenar untuk penduduk Islam di sini.

Apa pun tahniah buat Ust Ibrahim Katibe dan isteri Puan Rosnah Sidek atas perkahwinan anak mereka Herman Ibrahim dan Cik Masnih Jamal.

(Oleh kerana pengantin sedang bersolek di bilik, tak dapatlah saya menangkap gambar kedua mempelai).

%d bloggers like this: