Archive for 15 Februari 2009


KALIMAH ALLAH DI BALUNG SERAMA

p2150771Sebenarnya, ia tidaklah mustahil dan pelik di sisi Allah jika Ia mengkehendakinya.

Kebiasaan manusia, ia merasa pelik dan kagum apabila melihat sesuatu yang jarang didengar dan ditemuinya.

Misalnya pokok kelapa bercabang dua, tangan enam jari, pokok seperti sujud, dan sebagainya.

Sedangkan hakikatnya dalam kehidupan kita, kita melalui tanda-tanda kebesaran Allah sepanjang masa, hanya kita tidak menyedarinya.

Puncanya ia perkara yang kita anggap biasa dan tiada yang peliknya.

Contohnya, kapal yang belayar di lautan, ikan yang hidup di air, pokok yang tumbuh sepanjang jalan, angin yang bertiup dan sebagainya. Semua itu adalah tanda-tanda kebesaran Allah, kita selalu lalai dan alpa.

Di perkarangan rumah Cikgu Jaisya Mokhtar di Taman Kinarut, beliau memelihara beberapa ayam serama. Salah seekor daripadanya, yang dipanggil serama kalimah, mempunyai bentuk kalimah Allah di balungnya.

p2150772Kata Cikgu Jaisya yang berasal dari Tapah Perak dan mengajar di SMK Kinarut, serama betina itu dibelinya lebih setahun lalu di Putatan.

Tetapi ketika itu, belum jelas bentuk kalimah Allah di balungnya. Sejak beberapa minggu lalu, di hujung balung itu berlubang dan melengkapkan bentuk menjadi kalimah Allah.

“Allah SWT, apabila Ia mengkehendaki sesuatu, ia hanya mengatakan kepadanya : Jadi! Maka jadilah ia”.

Sewajarnya peristiwa itu menambah dan mengukuhkan aqidah, iman dan taqwa kepada Allah SWT, bukan menjadikan kita syirik kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Advertisements

p2150762Sekitar 9.50 pagi tadi, saya berziarah seketika ke rumah Cikgu Abd Hamid, guru di SMK Kinarut. Beliau yang berasal dari Yan Kedah telah membeli sebuah rumah di Taman Lok Kawi Sabindo sejak beberapa tahun lalu.

p2150763Di halaman rumahnya, Cikgu  Hamid  bersungguh bercerita kepada saya tentang dua pokok mata kucing yang telah berbuah.

Katanya beberapa tahun lalu, dia membeli dua benih pokok berkenaan di Thailand dengan harga RM18.00 sepohon.

Kini dua pohon yang ditanam sejak dua tahun lalu sudah mula berbuah buat kali kedua. Rasanya manis dan sedap.

Warna kulitnya agak kemerahan sedikit berbanding buah mata kucing versi tempatan.

Sebenarnya, sesibuk Cikgu Hamid dengan dunia pendidikan dan dakwah, sempat juga beliau dan isteri bercucuk tanam.

p2150767Buktinya di hadapan dan belakang rumahnya dipenuhi dengan dua pokok mangga purba yang berkulit tebal, juga pokok cili untuk dijual.

Bahkan sebelum ini di belakang rumahnya terdapat kolam mini menternak lebih 100 ekor ikan keli. Tapi semua kelinya sudah ‘diselesaikan’.

Jika ada permintaan untuk mendapatkan ikan keli, cili, mangga purba dan mata kucingnya, insya Allah Cikgu Hamid boleh mengikhtiarkan. Hubungi beliau : 013-8508468.

%d bloggers like this: